Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pokémon TCG Pocket Berjaya Dapat Lebih RM52 Juta Dalam Empat Hari Pertama

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 6, 2024
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Trading Card Game
0 0
0
Pokémon TCG Pocket Berjaya Dapat Lebih RM52 Juta Dalam Empat Hari Pertama
Share on FacebookShare on Twitter

Game mobile terbaru dari The Pokémon Company, Pokémon Trading Card Game (TCG) Pocket, telah mencapai kejayaan luar biasa selepas menjana keuntungan lebih RM52 juta dalam tempoh empat hari pertama!

#ポケポケ のダウンロード数が、全世界累計1000万DLを突破しました🎉
引き続きポケポケをお楽しみください❗️
まだの方はこちらから👇https://t.co/o4RJTbdxkQ pic.twitter.com/OmCb4qLpEY

— ポケポケ【公式】(Pokémon Trading Card Game Pocket) (@PokemonTCGP_JP) November 1, 2024

Bukan itu sahaja, game ini juga meraih lebih daripada 10 juta muat turun dalam tempoh dua hari pertama pelancarannya. Perkara ini diumumkan melalui akaun rasmi X Pokémon di Jepun, dan The Pokémon Company turut mengucapkan terima kasih kepada komuniti pemain yang semakin berkembang pesat.

Bagi mereka yang tidak tahu, Pokémon TCG Pocket ialah game mobile “free-to-play” berdasarkan Pokémon Trading Card Game yang ikonik, yang menggabungkan daya tarikan permainan asal dengan teknologi peranti mobile.

Kredit: The Pokémon Company

Aplikasi ini mendapat pujian kerana berjaya mencerminkan nilai-nilai yang sama seperti permainan kad sebenar kualiti serta kemudahannya untuk diakses. Walaupun menawarkan pilihan mikrotransaksi dan model langganan, pemain boleh menikmati pengalaman penuh tanpa perlu melakukan pembelian.

Menurut data dari AppMagic, game ini telah menjana lebih daripada $12 juta (bersamaan RM52,839,000) pendapatan global dalam tempoh empat hari pertama, yang menandakan kejayaan besar bagi projek ini.

Prestasi awal yang solid ini menunjukkan daya tarikan berterusan bagi Pokémon Trading Card Game, yang pertama kali dilancarkan pada Oktober 1996.

Kredit: GamerBraves

Pelancaran berjaya Pokémon TCG Pocket menunjukkan bahawa The Pokémon Company telah berjaya membawa pengalaman permainan kad tradisional ini ke platform mudah alih, menjangkau khalayak pengguna yang lebih luas.

Kejayaan ini juga membuka peluang untuk pertumbuhan lanjut dalam francais Pokémon, yang meliputi pelbagai media seperti rancangan TV, filem, permainan video, dan barangan.

Jika berminat, Pokémon Trading Card Game Pocket kini boleh dimuat turun melalui App Store dan Google Play. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di SINI.

Tags: Pokémon TCG Pocket
ShareTweetSend
Previous Post

Nintendo Sahkan Game Switch Boleh Dimainkan di Konsol Generasi Baru/Pengganti Switch

Next Post

‘Steam Game Recording’ Rasmi Dilancarkan! Rekod Daripada Steam Terus!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Tahu Atau Tidak? Steam Sebenarnya Sokong Bahasa Melayu! Inilah Cara Untuk Mengubah Bahasa!
PC

Tahu Atau Tidak? Steam Sebenarnya Sokong Bahasa Melayu! Inilah Cara Untuk Mengubah Bahasa!

September 7, 2026
Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026
Anime

Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026

September 7, 2026
Next Post
‘Steam Game Recording’ Rasmi Dilancarkan! Rekod Daripada Steam Terus!

'Steam Game Recording' Rasmi Dilancarkan! Rekod Daripada Steam Terus!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd