The Pokémon Company dan pembangun The Pokémon Works telah mengumumkan bahawa Pokémon Champions, sebuah game Pokémon baharu yang berfokuskan pertarungan, akan tiba di Nintendo Switch pada April 2026, manakala versi iOS dan Android akan dilancarkan kemudian pada tahun yang sama.
Game ini tertumpu sepenuhnya pada pertarungan Pokémon dan akan menampilkan mekanik yang sudah biasa bagi peminat lama francais ini. Pemain boleh terlibat dalam dua format pertarungan yang berbeza serta tiga mod pertarungan.
Integrasi dengan Pokémon Legends: Z-A
Pokémon Champions akan dihubungkan dengan Pokémon Legends: Z-A. Kemudian pada tahun ini, trainer akan dapat memautkan Legends: Z-A ke Pokémon HOME, sekali gus membawa rakan kesayangan mereka ke dalam Champions sebagai “pelawat” untuk bertarung.

Integrasi antara game ini turut meliputi kempen promosi khas yang dikaitkan dengan Legends: Z-A. Pemain yang memindahkan Pokémon tertentu yang asalnya ditangkap dalam Z-A boleh membuka Mega Stone eksklusif dalam Champions, termasuk Chesnaughtite, Delphoxite, Greninjite, dan Floettite.
Mega Stone ini membolehkan Chesnaught, Delphox, Greninja, dan Eternal Flower Floette untuk melakukan Mega Evolve semasa pertarungan.

Cunma, ada satu perkara penting yang perlu diambil perhatian: hanya Pokémon yang asalnya diperoleh dalam Pokémon Legends: Z-A sahaja yang layak untuk ganjaran Mega Stone ini. Spesies yang sama tetapi ditangkap dalam game lain tidak akan mencetuskan item bonus tersebut.
Selain itu, walaupun trainer boleh membawa Pokémon ke dalam Champions dari HOME, sebarang Pokémon yang diperoleh dalam Champions sendiri tidak boleh dipindahkan keluar ke HOME.
Hanya Pokémon yang memang wujud dalam senarai Champions boleh dibawa masuk sebagai pelawat dari HOME. Ini bermakna bukan setiap Pokémon dalam koleksi HOME seseorang trainer layak untuk menyertai game ini.

Apabila Pokémon pelawat tiba dalam Champions, mereka mungkin memerlukan beberapa penyesuaian.
Jika Pokémon yang dipindahkan mengetahui move yang tidak wujud atau tidak boleh digunakan dalam Champions, pemain perlu menukar move tersebut melalui sistem latihan dalam game sebelum menggunakan Pokémon itu dalam pertarungan.

Sebarang latihan yang diterima oleh Pokémon pelawat semasa berada dalam Champions tidak akan dibawa balik ke HOME apabila Pokémon itu dipulangkan.
Namun begitu, jika Pokémon yang sama melawat Champions sekali lagi kemudian, ia akan tiba dengan semua latihan Champions dahulu masih sama—semacam sistem memori khusus untuk game tersebut.
Memori ini akan dipadamkan sepenuhnya jika Pokémon itu kembali ke Champions dalam bentuk yang berbeza daripada lawatan sebelumnya.

Selain Legends: Z-A, sistem pelawat ini juga berfungsi dengan Pokémon dari game lain dalam siri ini, termasuk Pokémon GO.
Bonus Muat Turun Awal: Dragonite Percuma dengan Potensi Mega Evolution

Pemain yang mula bermain Pokémon Champions sebelum 31 Ogos 2026 akan menerima Dragonite istimewa sebagai bonus muat turun awal. Dragonite ini boleh dituntut daripada peti mel dalam game pada kedua-dua versi Nintendo Switch dan versi mobile apabila ia dilancarkan.
Pemain yang terus bermain boleh memperoleh Dragoninite stone melalui sistem Battle Pass dalam game. Apabila Dragonite memegang batu ini, ia boleh Mega Evolve menjadi Mega Dragonite.
Pokémon ini juga boleh diperoleh melalui kaedah lain dalam game bagi pemain yang terlepas tempoh promosi tersebut.
Starter Pack untuk Versi Nintendo Switch

Bagi pemain yang membeli versi Nintendo Switch, Pokémon Champions + Starter Pack akan ditawarkan.
Starter Pack ini merangkumi beberapa manfaat yang bernilai:
- Storan tambahan: 50 slot tambahan untuk menyimpan Pokémon dalam Box pemain.
- Muzik pertarungan eksklusif: Lagu “Battle! (Trainer Battle)” daripada Pokémon: Let’s Go, Pikachu! dan Pokémon: Let’s Go, Eevee! boleh dimainkan semasa pertarungan.
- 50 Training Ticket: Setiap tiket membolehkan pemain melatih Pokémon tanpa menggunakan VP (mata wang sumber dalam game).
- 30 Teammate Ticket: Tiket ini membolehkan pemain merekrut Pokémon secara kekal tanpa menggunakan VP.
Penyertaan di World Championships Disahkan
Game ini akan tampil di Video Game Championships semasa 2026 Pokémon World Championships, yang akan berlangsung di San Francisco pada tahun ini. Butiran khusus mengenai permainan berperingkat, format turnamen, dan musim kompetitif masih belum didedahkan.









Discussion about this post