Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pokémon Winds & Pokémon Waves Diumumkan Untuk Nintendo Switch 2, Akan Datang 2027!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 28, 2026
in Artikel, Berita, Nintendo Switch 2, RPG
0 0
0
Pokémon Winds & Pokémon Waves Diumumkan Untuk Nintendo Switch 2, Akan Datang 2027!
Share on FacebookShare on Twitter

The Pokémon Company dan pembangun Game Freak telah mengumumkan Pokémon Winds dan Pokémon Waves, dua entri terbaharu dalam siri RPG Pokémon. Kedua-dua game ini akan dilancarkan pada tahun 2027, secara eksklusif di konsol Nintendo Switch 2.

Game baharu ini akan membawa pemain ke persekitaran open-world, menampilkan pulau-pulau yang ditiup angin dan dikelilingi lautan luas.

Menurut pengumuman rasmi, geografi unik kawasan ini telah melahirkan ekosistem tersendiri, di mana Pokémon telah berkembang secara harmoni dengan alam sekitar dan kuasa semula jadi di sekeliling mereka.

“Dengan melawat pulau-pulau ini, anda pasti akan membuka pintu kepada pengembaraan baharu yang hanya boleh ditemui di sini”. Pemain bukan sahaja perlu bekerjasama dengan rakan Pokémon mereka untuk mengatasi cabaran daripada pelatih lain, malah mereka juga perlu mengharungi kuasa alam semula jadi yang kadangkala menghalang perjalanan mereka.

Perkenalkan Starter Pokémon Baharu Anda

Tiga starter Pokémon baharu telah didedahkan, masing-masing mewakili jenis Grass, Fire, dan Water yang menjadi elemen ikonik dalam francais ini sejak awal penubuhannya:

Browt, Pokémon Bean Chick, merupakan Pokémon jenis Grass yang setinggi 1 kaki (0.3 m) dan seberat 7.7 paun (3.5 kg). Pokémon kecil ini melakukan fotosintesis menggunakan daun di dahinya sambil berlari ke sana ke mari. Walaupun cergas dan aktif, Browt agak kekok sedikit. Ia memiliki ability Overgrow, yang meningkatkan kuasa serangan jenis Grass apabila HP-nya rendah.

Pombon, Pokémon Puppy, merupakan Pokémon jenis Fire yang mempunyai ketinggian 1 kaki 4 inci (0.4 m) dan berat 14.8 paun (6.7 kg). Pokémon ini mempunyai organ penghasil haba di dalam paru-parunya, menyebabkan bahagian bawah kerongkongnya bercahaya. Pombon dilengkapi ability Blaze, yang meningkatkan kuasa serangan jenis Fire apabila HP-nya menurun.

Gecqua, Pokémon Water Gecko, merupakan Pokémon jenis Water yang setinggi 1 kaki (0.3 m) dan seberat 9.5 paun (4.3 kg). Jangan terpedaya dengan saiznya yang kecil; Pokémon yang sangat cerdik ini mampu melancarkan bebola air daripada ekornya, dan digambarkan sebagai Pokémon yang bergerak dengan bijak sambil melagak sombong. Gecqua memiliki ability Torrent, yang menguatkan serangan jenis Water apabila HP-nya semakin rendah.

Varian Pikachu Baharu yang Misteri

Pengumuman ini turut mendedahkan dua varian Pikachu istimewa yang muncul buat pertama kalinya dalam siri ini: Mr. Windychu dan Ms. Wavychu. Pikachu unik ini menampilkan rupa baharu sepenuhnya yang berkait rapat dengan tema setiap versi permainan.

The Pokémon Company masih merahsiakan butiran lanjut mengenai Pikachu istimewa ini buat masa ini, hanya menyatakan bahawa maklumat lanjut tentang peranan mereka dalam pengembaraan pemain akan didedahkan dalam pengumuman akan datang.

Customization Watak Eksklusif Mengikut Versi

Seperti yang menjadi tradisi dalam pelancaran dua-versi Pokémon, pemain akan merasai beberapa perbezaan bergantung pada versi yang mereka pilih.

Pengumuman tersebut mengesahkan bahawa pakaian watak utama akan berbeza antara Pokémon Winds dan Pokémon Waves, walaupun kandungan eksklusif versi yang lain masih belum diperincikan.

Tags: Pokémon WavesPokémon Winds
ShareTweetSend
Previous Post

Bersedia Untuk Death Stranding 2 Di PC? Ini Spesifikasi Yang Diperlukan!

Next Post

Pokémon Champions Akan Hadir Ke Nintendo Switch Pada April 2026, Versi Mobile Menyusul Kemudian Tahun Ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Pokémon Champions Akan Hadir Ke Nintendo Switch Pada April 2026, Versi Mobile Menyusul Kemudian Tahun Ini!

Pokémon Champions Akan Hadir Ke Nintendo Switch Pada April 2026, Versi Mobile Menyusul Kemudian Tahun Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd