Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

POCO M3 merupakan telefon pintar mampu milik! Harga serendah RM599 untuk 4GB+64GB!

Nyny.A by Nyny.A
November 24, 2020
in Acara, Artikel, Berita, Livestream, Smartphone, Teknologi, Tempatan
0 0
0
POCO M3 merupakan telefon pintar mampu milik! Harga serendah RM599 untuk 4GB+64GB!
Share on FacebookShare on Twitter

Nak beli telefon pintar zaman kini asyik mahal sahaja betul tak? Nak yang elok sikit mesti atas RM1000. Ada sahaja yang murah, tetapi kebanyakkanya spesifikasi rendah dan juga ada masalah bateri yang cepat habis, bukan itu sahaja, skrin pun kecil! Jangan khuatir lagi, nampaknya Xiaomi mendengar keluhan anda! Bukan POCO F2 Pro juga bukan POCO X3 NFC, memperkenalkan Xiaomi POCO M3!

Xiaomi Poco M3 dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 662 (11 nm) bersama storan 4GB RAM + 64GB Storage juga dengan pilihan 4GB RAM + 128GB. Wow, walaupun pemproses agak kecil disitu, ianya mempunyai storan yang memuaskan sehingga anda dapat menyimpan beratus video, beratus ribu lagu dan juga gambar!

Untuk segi paparan Poco M3, sememangnya memuaskan lagi-lagi jika anda ingin membeli untuk kedua orang tua anda, paparan sebesar 6.53-inch  IPS LCD (1080 x 2340 pixels, 395 ppi)! Uish besar tu! Selain itu, kamera yang tersedia juga bukan lah menawarkan hasil yang tidak berkualiti, sebaliknya ia mempunyai triple kamera dengan 48 MP, f/2.0, 26mm (wide), 1/2.55″, 0.7µm, PDAF + 8 MP, f/2.2, 118˚ (ultrawide), 1/4.0″ dan kamera hadapan 1.12µm + 5MP. 

Selain itu, Poco M3 turut menyokong sambungan Wifi, NFC, GPS, 3G dan 4G LTE! Paling menarik, ianya bukan lagi memiliki bateri sebesar 5000 mAh, sebaliknya Li-Po 6000-mAh yang tersedia pada telefon pintar senipis 9.6mm ini! Satu lagi, ianya akan berjalan pada Android 10 dan MIUI 11. Memang terkini kan semua spesifikasi!

Poco M3 juga disediakan dengan pilihan warna variasi yang sangat mengagumkan! Jika anda peminat warna yang elegen dan nampak berkelas, Power Black adalah pilihan anda; Jika anda peminat warna yang lebih sejuk dan tenang, Cool Blue menampilkan warna biru yang sangat cantik; dan yang terakhir Yellow atau kuning, menampilkan warna logo asal POCO untuk melambangkannya dan ia nampak lebih funky!

 

1 of 3
- +

Poco M3 juga terdapat dual speaker yang akan memberikan pengguna lebih pendengaran audio yang jelas. Meneruskan generasi Xiaomi terkini, buka kunci anda dengan sensor muka atau jari anda menggunakan sensor di bahagian sisi telefon anda! Tidak perlu mencari-cari bahagian belakang atau mengotorkan skrin hadapan lagi untuk membuka kunci telefon ini!

Selebihnya, POCO M3 sangat ringan dan anti cap jari, juga ianya ada IR Blaster dan Headphone Jack yang tersedia.

Jadi itu adalah pengenalan Poco M3 yang terbaru! Pasti lebih menarik perhatian anda kerana harganya jika dibandingkan dengan telefon pintar yang lebih kurang spesifikasi tetapi jauh ketinggalan dengan kehebatannya! Maka harga yang ditawarkan untuk POCO M3 adalah 4GB + 64GB hanyalah $149 (anggaran RM599) dan 4GB + 128GB $169 (anggaran RM699) sahaja! Selain itu anda boleh juga singgah lihat di Lazada yang juga akan membuka pra pembelian bermula Jumaat ini dengan menawarkan Poco M3 serendah RM499 sahaja!

Wow memang murah kan! Bukan itu sahaja, sempena Black Friday, pembelian pre-order terawaljuga akan mendapat diskaun untuk pembelian telefon pintar ini, tetapi buat masa sekarang, kami masih menantikan pelancaran raasminya termasuk harga rasmi di Malaysia yang sememangnya akan kami kemaskini dalam masa terdekat!

Tags: Phone bajetPOCO M3xiaomiXiaomi POCO M3
Previous Post

Temuramah eksklusif bersama pemuzik Malaysia bertaraf antarabangsa, Az Samad!

Next Post

Acara masa terhad Monster Hunter World: Iceborne X Monster Hunter movie akan datang!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Acara masa terhad Monster Hunter World: Iceborne X Monster Hunter movie akan datang!

Acara masa terhad Monster Hunter World: Iceborne X Monster Hunter movie akan datang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd