Teruja tak? Sekarang tersebar satu leak dimana tahun ni Call of Duty Modern Warfare 4 bakal diterbitkan oleh Infinity Ward!
Berdasarkan satu maklumat daripada sumber reliable memberitahu Gaming INTEL, Call of Duty ni akan diterbitkan sebagai title Call of Duty yang fully fledged. Mereka juga diberitahu yang sekarang ni campaign mode sedang dibangunkan, multiplayer dan juga kembalinya Zombies mode. Juga dikatakan Battle Royale sedang dibincangkan, tapi buat masa ni hanya sekadar perbincangan..
Lepas tu yang lagi bakar line adalah Craig Fairbass, voice actor untuk game ni. Bulan lepas, dia punya bio kat Twitter menyatakan yang dia dah buat voice over untuk Call of Duty Modern Warfare 1/2/3/4. So apa lagi, ramai la orang keliru.
Lepas tu agaknya dalam usaha nak cover line, dia post balik camni:
Bit of confusion and over reaction here, as I’ve always had the 5 COD games I’ve worked on, on my mini bio on twitter- any clarification need just look on IMDB.
— Craig Fairbrass (@craigfairbrass) March 21, 2018
Bila check kat IMDB, memang dia list semua game Call of Duty iaitu Modern Warfare pada tahun 2007 hingga ke Modern Warfare 2, Modern Warfare 3, Infinite Warfare dan Modern Warfare Remastered. Cukup 5 kan? Tapi dalam remastered mana ada kena buat suara lagi sebab pakai suara yang sama, dah nama pun remastered…adakah dia tak sengaja menjadi punca leak?
Lepas diketahui umum yang developers daripada Modern Warfare yang asal dah balik ke Infinity Ward, nampak gayanya macam leak ni real bro…tapi dah nama pun leak kan, korang amik la 50-50..
@gamersantaimy
Discussion about this post