Liverpool FC punya CEO Peter Moore, kata yang dia “risau” dengan game Fortnite. Dia kasi speech masa kat Dubai International Sports Conference dalam sesi “Global Football Economic Strategy: Developing New Strategies for the Football Sector”.
Moore seorang yang ada background dalam industri gaming kat Silicon Valley mengatakan yang dia risau bila tengok jumlah golongan millennial daripada penonton dan kehadiran kat stadium masa game. Sebab industri football akan bergantung kepada penyokong generasi seterusnya. Dia kata yang diorang kena kuatkan presence dan mantapkan teknologi diorang.
Sehari ada 24 jam, dan berapa masa yang golongan millennial ni spend untuk main Fortnite? 90 minit untuk spend masa tengok bola mungkin terlalu lama untuk mereka.
Moore tegaskan bahawa diorang kena ambil kesempatan ke atas teknologi untuk pastikan generasi seterusnya masih cintakan bolasepak, dan bukan Fortnite.
Moore juga merujuk bahawa andainya bolasepak menjanakan USD$35 billion revenue setahun, industri mereka terancam dek Fortnite yang menjanakan USD$15 billion. Which is 40% daripada apa yang mereka janakan dalam bolasepak. Kalau macam ni, industri bolasepak sepatutnya dapat USD$50-USD$100 billion.
Looks like gamers sedang dapat attention everywhere gais! Aku game main, bola still layan. Tapi aku ada anak buah yang tak minat pun bola, suka game je…hmmmmmm
@gamersantaimy
Discussion about this post