Story of Seasons adalah game bergenre simulasi pertanian yang keluar buat pertama kali pada tahun 1996 untuk Super Nintendo Entertainment System. Semasa Tencent Games Annual Conference 2021, sebuah trailer pertama untuk Story of Seasons: Mobile telah dilancarkan sempena ulangtahun ke-25 permainan. Game ini telah diumumkan pada tahun 2019, dan bakal untuk platform mobile Android dan iOS.
Story of Seasons dahulunya dikenali sebagai Harvest Moon, tetapi telah ditukarkan nama game ini bagi meluaskan lagi peluang dalam industri permain video untuk penerbit Marvelous dan anak syarikat Tencent, NExT Studios. Game ini dilancarkan pertama kali di Amerika Utara untuk platform Nintendo 3DS pada tahun 2014, dan ianya akan tiba di platform mobile tidak lama lagi.
Trailer ini dimulakan dengan watak yang baru turun dari kereta api dan seperti ingin memulakan perjalan baru di tempat bernama Xingulo Town. Dalam video tersebut juga ada berkongsikan gameplay seperti menebang pokok untuk dijadikan sumber, memancing, menuai hasil ternakan serta tanaman, dan banyak lagi. Sesuai dengan elemen “seasons” yang ditetapkan dalam nama game ini, trailer-nya menunjukkan kitaran siang dan malam dan memperlihatkan watak game ini keluar bersama pasangannya sambil melihat bintang.
Bagi mereka yang tidak biasa dengan game simulator seperti ini, Story of Seasons boleh dikatakan mempunyai gameplay yang sama seperti Animal Crossing: New Horizons dan Stardew Valley. Versi mobile bagi Animal Crossing tidak sukar untuk dimainkan, jadi mungkin Story of Seasons: Mobile juga akan mempunyai gameplay yang sama berdasarkan dari trailer yang dikongsikan ini.
Selain itu, pasukan yang menghasilkan game ini masih meneruskan pembangunan untuk Story of Seasons: Pioneers of Olive Town, iaitu siri terbaru bagi Story of Seasons yang dihasilkan untuk platform Nintendo Switch. Walaupun game ini mempunyai banyak persamaan dengan Animal Crossing: New Horizons dalam beberapa cara, tetapi ia mempunyai lebih banyak peluang untuk menjadi permainan mobile terlaris.
Buat masa ini, tiada tarikh rasmi pelancaran untuk Story of Seasons: Mobile. Jadi peminat genre simulator perlu menunggu untuk berita baru akan datang. Bagi yang berminat, anda boleh membaca liputan kami mengenai Story of Seasons dengan menekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post