Keluaran ketiga dan terakhir untuk koleksi phone case Pokémon milik Casetify akan keluar pada 15 Ogos. Reka bentuk baru ini memberi fokus kepada “ikon” Pokémon, yang menampilkan tiga starter pertama, Bulbasaur, Squirtle, dan Charmander, serta Pokémon yang paling ikonik diantara semua, Pikachu.
Syarikat “customizable tech accessory” ini menyeru duo artis Craig & Karl, yang terkenal dengan reka bentuk mereka yang cerah dan terang untuk bekerjasama di keluaran terakhir ini. Koleksi baru, yang digelar “The Icons by Craig & Karl,” memaparkan gaya istimewa mereka, dengan warna utama yang menonjol dan bentuk-bentuk geometri.
Seperti keluaran sebelumnya, bukan sahaja phone case yang ditawarkan. Kotak casing Airpod kecil dan comel juga akan kembali, serta case Macbook, cover iPad, wireless charger, dan dompet yang melekat pada belakang telefon anda.
Korang boleh lihat imej untuk koleksi ini di bawah, atau pergi ke Casetify untuk usya koleksi ini sendiri. Kalau berminat, jangan tak beli. Memang limited edition ni.
Sumber – Polygon
@gamersantaimy
Discussion about this post