Game versi baru dan lebih expanded hasil Atlus, Persona 5: The Royal telah mengeluarkan sebuah lagi trailer baru! Di dalam trailer ini, peminat dapat melihat gameplay baru, karakter baru, kawasan baru, dan paling penting ialah release date untuk pelancarannya iaitu 31 Oktober, 2019 bagi pihak Jepun dan keluaran 2020 untuk global.
Pertama sekali, trailer ini menunjukkan beberapa penambahan ke jalan cerita utama Persona 5. Ini termasuk pengenalan kepada dua karakter baru, Yoshizawa Kasumi, rakan kepada Joker dan juga seorang Phantom Thief serta kaunselor sekolah, Takuto Maruki. Seperti yang dilihat di trailer, Persona 5: The Royal ingin memberi jalan cerita yang lebih memuaskan dan lebih mendalam berbanding versi 2017-nya, walaupun versi itu sudah mempunyai jalan cerita yang cukup hebat.
Trailer terbaru Persona 5: The Royal juga menunjukkan lokasi-lokasi baru seperti akuarium yang mungkin akan jadi sebuah lokasi untuk dating, dan Kichijoji, sebuah kawasan menyerupai Tokyo yang boleh dijelajahi. Sistem pertempuran RPG baru untuk setiap party member, termasuk ranged dan melee attack juga ditambah dan direka semula. Selain itu, penambahan aktiviti-aktiviti sosial seperti billiard dan dart dijangka akan muncul juga untuk para pemain meluangkan masa lagi.
Trailer ini banyak mengandungi content baru, jadi banyak maklumat untuk peminat hadam. Selepas segala content baru, jalan cerita baru, dan gameplay baru, game ini pasti akan menjadi lebih lama dan memberi pengalaman yang lebih in-depth. Persona 5: The Royal ialah game eksklusif untuk PlayStation 4 dengan kebolehan advanced optimization PS4 Pro.
Pada masa yang sama, walaupun Persona 5: The Royal ialah PS4 eksklusif, terdapat sebuah versi Switch Persona 5 yang dibocor. Ini bukan berita yang sangat mengejutkan selepas penampilan Joker di Super Smash Bros. Ultimate. Buat peringatan kali terakhir, Persona 5: The Royal akan keluar pada 31 Oktober, 2019 di Jepun dan keluaran seluruh dunia ialah pada tahun 2020.
Sumber –GameRant
@gamersantaimy
Discussion about this post