Kehadiran Mortal Kombat 11 masih menyingat untuk pemain-pemain. Baru sahaja hadir dua hari lalu di platform PlayStation 4, Xbox, Switch serta PC, sudah ramai pemain yang mula menghabiskan masa untuk latihan dan bersaing dengan pemain lain tidak kira melalui online atau tidak. Pada pemain-pemain tegar Mortal Kombat 11, sudah semestinya korang nak hero-hero pejuang korang untuk tampak lebih menarik dengan skin yang menarik dan menonjol kan, jadi kami nak kongsi sedikit cara untuk mendapatkannya.
Seperti Mortal Kombat yang lepas, sudah semestinya skin untuk pejuang-pejuang ini hadir mengikut watak mereka tersendiri, ciri set pemakaian yang sangat menarik dan bersesuaian untuk pejuang-pejuang. Dapat memiliki skin tersebut melalui mod cerita permainan atau acara-acara tertentu.
Tetapi lain sikit cara untuk proses mendapatkan skin di dalam Mortal Kombat 11, jangan risau bukan susah, malah lebih senang sikit dari Mortal Kombat yang lalu. Cara korang untuk mendapatkannya adalah dengan memainkan watak pejuang dalam mod permaianan yang berbeza. Pada dasarnya, setiap mod permainan mempunyai beberapa skin yang tersedia untuk didapati, jadi pastikan korang rajinkan diri untuk main mod tutorial, cerita dan lain-lain.
Kalau korang berfikir macam mana cara untuk membuka skin tertentu, senang sahaja, korang hanya perlu ke bahagian Menu Utama dan arahkan ke pilihan Kustomize. Dari situ, buka tab Watak (Character) dan pilih pejuang yang korang nak tukar skin tu. Lepas itu, korang bolehlah melihat tab Kosmetik dengan menekan RB button atau R1 dan kemudian bolehla pilih skin tersebut.
Dalam skrin ini akan menerangkan keadaan untuk membuka setiap skin supaya pemain tahu mod mana yang harus mereka tumpukan. Kat sini juga lah korang boleh pakaikan pejuang korang tu dengan skin yang telah didapati.
Okay selain cara untuk dapatkan skin kami nak kongsikan, kami juga ingin kongsikan pada yang tidak membeli Mortal Kombat 11 lagi, ada berita gembira sedikit untuk korang. Nampaknya ada diskaun 17% yang diberikan oleh AMAZON untuk pembelian Mortal Kombat 11 bagi kesemua platform. Korang boleh beli menerusi Amazon. Boleh tekan terus gambar dibawah.
Jadi jangan lupa untuk dapatkan skin yang menarik ini serta dapatkan Mortal Kombat 11 secara murah di Amazon sebelum habis diskaun tersebut okay!
Sumber: Gamerant
@gamersantaimy
Discussion about this post