Pihak Ubisoft nampaknya baru sahaja melancarkan Hero Samurai baru untuk permainan video For Honor, Hitokiri yang dijadualkan untuk keluar bagi tahun ketiga musim kedua permainan ini dan akan bermula pada 2 May. For Honor adalah sebuah game aksi dan lawan serta dapat dimainkan di platform Microsoft Windows, PlayStation 4, dan Xbox One. Seperti biasa setiap musim pasti akan hadir dengan pahlawan baru. Setakat ini kita melihat ada penambahan seorang wira Kesatria iaitu Vortiger, nampaknya bukan setakat itu, versi wanita Hitokiri yang bernama Sakura juga akan hadir pada musim ini.
Sakura nampak sangat menakutkan, meyeramkan dan terdengar suaranya seperti bos di permainan video Sekiro: Shadows Die Twice. Jom lihat trailer Sakura;
Hitokiri merupakan pahlawan hantu yang telah kehilangan semua kepercayaan dalam kemanusiaan tu, mereka bersiar-siar di tanah memegang Masakari mereka, kapak besar yang mereka gunakan untuk menghukum penjenayah. Kehadiran mereka di medan perang yang menyebarkan awan hitam dapat menakutkan semua musuh. Treler tidak memberikan banyak petunjuk mengenai bagaimana Hitokiri dimainkan, tetapi kapak Masakari kelihatan mati dan bercakap tentang mereka yang menyebarkan ketakutan di medan perang boleh membayangkan beberapa mekanik yang menarik. Kedua-dua versi Hitokiri akan dibuka dan tersedia untuk pemain 9 Mei ini, dan pemain boleh membelinya untuk 15,000 Steel (matawang dalam For Honor).
Seperti musim lalu, musim kedua ini juga akan ditambah acara khas masa terhad di dalam For Honor. Butiran lebih lanjut akan diumumkan hari ini di Twitch, selain itu musim baru ini juga mengandungi perubahan keseimbangan bagi Lawbringer dan Raider, serta akan menambah satu map baru.
Jadi kita tunggu berita selanjutnya di live stream Twitch nanti. Pada yang belum mendapatkan For Honor, korang boleh membeli nya di Microsoft Windows, PlayStation 4, dan Xbox One atau terus ke laman web rasmi Ubisoft https://forhonor.ubisoft.com/game/en-us/home/ .
Jangan lupa kongsikan pengalaman korang bila dah kemaskini nanti ye!
Sumber: WCCFtech
@gamersantaimy
Discussion about this post