Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Persona 3 Reload & Persona 5 Tactica Dibocorkan Secara Tidak Sengaja Oleh ATLUS!

Maira by Maira
June 9, 2023 - Updated on June 12, 2023
in Artikel, Game, PC, PC Game Pass, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Persona 3 Reload & Persona 5 Tactica Dibocorkan Secara Tidak Sengaja Oleh ATLUS!

Kredit imej: ATLUS

Share on FacebookShare on Twitter

Peminat Persona agak kucar kacir minggu ini, lebih-lebih lagi dengan khabar angin mengenai dua game baharu untuk francais tersebut. Dikhabarkan bahawa kedua-dua game baru Persona itu akan diumumkan semasa Xbox Games Showcase. Nampaknya kita tidak perlu menunggu livestream tersebut kerana pembangun game, ATLUS sendiri secara tidak sengaja memuat naik video trailer untuk game baharu iaitu Persona 3 Reload dan Persona 5 Tactica di Instagram rasmi mereka.

Sumber: ATLUS

Video trailer tersebut telah pun dipadam daripada akaun tersebut tetapi sudah tentu ianya telah tersebar di media sosial dalam kalangan peminat. Jom kita lihat sedikit maklumat untuk kedua-dua game ini.

Persona 3 Reload

Ia merupakan game remake untuk Persona 3. Dalam trailer yang dibocorkan itu, kita telah didedahkan dengan gameplay, yang menunjukkan kehidupan di sekolah dan juga eksplorasi dalam Tartarus. UI dalam versi remake ini juga mendapat kemas kini dengan gaya UI Persona 5. Persona 3 Reload akan dilancarkan pada awal tahun 2024.

Persona 5 Tactica

Satu lagi game spin-off untuk Persona 5. Game baharu ini membawa kumpulan Phantom Thieves ke shadow realm dan palace baharu. Trailer juga memperkenalkan kita kepada Rebel Corp yang akan membantu Phantom Thieves untuk kembali. Dengan gaya chibi seperti Persona Q, aturkan strategi anda dalam game taktikal Persona ini! Persona 5 Tactica akan lancar pada 17 November 2023.

Memandangkan game ini sepatutnya diumumkan untuk Xbox Games Showcase, jadi pengumuman hanya mendedahkan bahawa game tersebut akan hadir ke Xbox Series, Xbox One dan PC termasuklah Xbox Game Pass. Tetapi ada kemungkinan besar ia akan hadir ke konsol PlayStation juga. Jadi kita tunggu sahaja pengumuman rasmi semasa livestream nanti. Kami juga akan kemas kini artikel ini dengan maklumat tambahan.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Persona daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: P3REP5TPersona 3 ReloadPersona 5 Tactica
ShareTweetSend
Previous Post

Sekuel Final Fantasy VII Rebirth akan keluar awal 2024, trailer pertama dipamerkan! [SGF 23]

Next Post

Sonic Superstar bakal dilancarkan di PS, Xbox, Switch & PC tahun ini – Pra-tempah kini dibuka!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Sonic Superstar bakal dilancarkan di PS, Xbox, Switch & PC tahun ini – Pra-tempah kini dibuka!

Sonic Superstar bakal dilancarkan di PS, Xbox, Switch & PC tahun ini - Pra-tempah kini dibuka!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd