Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Persona 3 Reload ‘Episode Aigis: The Answer’ Akan Datang 10 September!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 11, 2024
in Artikel, Berita, DLC, Microsoft, PC, PS4, PS5, RPG, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Persona 3 Reload ‘Episode Aigis: The Answer’ Akan Datang 10 September!
Share on FacebookShare on Twitter

Semalam, SEGA telah mengumumkan bahawa “Episode Aigis: The Answer,” jalan cerita tambahan yang berlaku selepas peristiwa game Persona 3, akan dikeluarkan pada 10 September sebagai sebahagian daripada Persona 3 Reload: Expansion Pass Wave 3.

Bersama pengumuman ini, mereka turut mengeluarkan trailer baharu yang anda boleh tonton di bawah:

Asalnya, The Answer disertakan sebagai epilog kepada kisah Persona 3 dalam game Persona 3 FES pada 2007, yang mengejutkan peminat dengan kisahnya yang saspen dan menyayat hati. Kembali ke 2024, akan mengambil bermain sebagai Aigis sekali lagi, yang sedar akan kuasa “wild card” ketika dia menghadapi ancaman baharu.

Kredit: SEGA

“Selepas membongkar misteri Dark Hour, memerangi musuh melalui Tartarus, dan semua peristiwa yang tidak dapat dilupakan dalam Persona 3 Reload, ahli S.E.E.S. telah terperangkap pada hari 31 Mac yang tidak berkesudahan. Mengembara melalui Abyss of Time sebagai Aigis, sahut cabaran baharu, dan bongkarkan punca aneh ini dan kebenaran apa yang berlaku pada hari itu…”

“Alami bab terakhir dengan grafik canggih, ciri quality-of-life yang dimodenkan, animasi dan user interface baharu, dan runut bunyi yang disusun semula. Saksikan kesudahan Persona 3 Reload dalam remake The Answer yang telah lama ditunggu-tunggu!”

Kredit: SEGA

Tentang Persona 3 Reload

Persona 3 Reload ialah turn-base RPG yang dibangunkan dan diterbitkan oleh ATLUS. Merupakan remake kepada Persona 3, anda boleh bermain semula salah satu entri terhebat dalam siri Persona, yang dibuat semula dengan grafik canggih, ciri quality-of-life yang dimodenkan dan user interface yang bergaya. Asyikan diri sepenuhnya dalam cerita yang penuh emosi dengan adegan baharu, interaksi watak baharu, dan lakonan suara tambahan.

Seorang pelajar baharu dicampak nasib yang tidak dijangka apabila memasuki dunia yang “tersembunyi” di antara hari. Bangkitkan kuasa luar biasa dan kejar misteri Dark Hour, berjuang untuk rakan-rakan, dan cipta memori bersama mereka selama-lamanya.

Persona 3 Reload kini tersedia untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam dan Microsoft Store. Ia juga tersedia melalui Xbox Game Pass.

Tags: Episode Aigis: The AnswerPersona 3 Reload
ShareTweetSend
Previous Post

Game ‘Upin & Ipin’ Akan Dikeluarkan Awal 2025, Khas Untuk PS4 & Switch!

Next Post

Metaphor: ReFantazio Pamer Gameplay ‘Archetype’, Pre-Order Kini Dibuka!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Metaphor: ReFantazio Pamer Gameplay ‘Archetype’, Pre-Order Kini Dibuka!

Metaphor: ReFantazio Pamer Gameplay 'Archetype', Pre-Order Kini Dibuka!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd