Bethesda dah kasi details pasal Fallout 76 punya sistem kat panel diorang kat Quakecon.
Macam biasa la korang yang familiar dengan Fallout. S.P.E.C.I.A.L. mesti kena ada kan? So diorang amik guna lagi sistem ni, dan seperti biasa boleh upgrade attribute ni untuk up-kan character korang.
Masa level up nanti dapat unlock kad, dengan setiap kad ada point yang boleh naikkan 1 attribute S.P.E.C.I.A.L. Setiap kad ada ability dan jugak boleh di-level up. “Kalau dapat kad sama cane bang?” mesti la 2 kad ni gabung pastu kad tu level up. Sekali dengan point dia tambahkan skali.
Dalam Fallout 76, memang bersepah la kad yang boleh dapat. Pastu perks ni boleh share dengan teammates. Tapi kena ingat setiap attribute ada limit 15 point je max.
Ada gak feature baru yang ditambah iaitu Mutation. Contoh eh, mutasi “The Bird Bone” membolehkan character korang lompat tinggi tapi strength rendah la. Abis takkan semua stat nak tinggi, macam main cheat la camtu.
Anyway nak unlock mutasi ni kena spend masa yang lama kat kawasan yang radiasi tinggi, baru dia unlock..
Kad akan diberi setiap 4 level, dan boleh gak korang obtain kad yang level tinggi pastu leh pakai kemudian. Macam Diablo 3 la, monster drop item required level bukan level current ko. Dah level up dan boleh pakai mesti excited nak pakai kan?
Fallout 76 akan run kan private server dan akan support mod, dan killing blow dia adalah: IANYA EKSLUSIF UNTUK BETHESDA.NET kat PC.
Sekian laporan dari saya.
@gamersantaimy
Discussion about this post