OK mula-mula aku nak clarify *
* merujuk kepada definition Ubisoft pasal weekend. Pada diorang weekend adalah Khamis – Isnin. That’s right, so korang leh main Rainbox Six Siege ni free bermula 16-20 Ogos ni, korang kira sendiri la eh waktu US 16 Ogos tu sama dengan kul bape waktu kita. Kalau ada smartphone (mesti ada kan) just add international clock; add la New York ke Hollywood ke..dapat la indication sket.
Kalau kat PC, boleh main free start jam 6 petang.Versi konsol plak awal sket tapi hari yang sama. Geng-geng PC boleh pre-load game ni awal-awal so that menjelang 6 PM terus rumble!
Sebab Ubisoft kasi free ni sempena dengan Rainbow Six Major championship kat Paris, ada 16 team berentap nak rebut USD$350,000 (seriously masa depan nanti takyah masuk Universiti kot, asal terer main game dah boleh score gadis-gadis).
17 Ogos nanti Operation Grim Sky akan di unveal pada event ni. Dalam update ni nanti 2 operators baru akan diperkenalkan. Buat masa ni takde info sangat pasal operators ni, tapi apa info yang ada, sorang mamat polis Brit yang kering dan lagi sorang mamat Amerika yang penuh misteri.
Siege map jugak dapat rework dalam update ni, map Hereford Base dapat remodel. Nak lebih maklumat tunggu la event kat Paris tu berlangsung nanti eh..
@gamersantaimy
Discussion about this post