Dalam satu temu bual, penulis skrip Haris Orkin secara tidak sengaja mendedahkan bahawa story DLC akan datang untuk Resident Evil Requiem akan fokus kepada pengasas Umbrella Corporation, Oswell E. Spencer.
Orkin, yang sebelum ini terlibat dalam pembangunan expansion Shadows of Rose untuk Resident Evil Village, bercakap tentang cara dia menulis watak jahat. Bagi dia, watak jahat jarang rasa diri mereka itu jahat; sebaliknya, mereka rasa mereka adalah hero dalam cerita sendiri. Dia beri contoh watak jahat Requiem, Victor Gideon, sebelum beralih topik kepada Spencer.

“Kami ada sediakan arc untuk Spencer dalam Requiem… anda akan lebih faham watak dia,” jelas Orkin. “Dan dalam DLC nanti, anda akan faham dengan lebih mendalam lagi.”
Selepas sedar dia dah terlepas cakap, Orkin terus sambung sambil ketawa: “Saya rasa saya tidak patut cakap pasal benda itu, tapi ya, memang betul.
(Amaran: Spoiler besar untuk Resident Evil Requiem)
Bagi pemina yang dah sudah habiskan campaign game ini, kemunculan Spencer dalam Requiem memang jadi topik hangat.

Sepanjang sejarah game ini, Spencer sentiasa ditunjukkan sebagai dalang yang kejam dan gila kuasa, di mana impian gelap dia telah hasilkan pelbagai senjata biologi Umbrella yang mengerikan. Tapi dalam Requiem, Capcom tunjuk sisi yang mengejutkan… di mana Spencer rasa bersalah dan menyesal. Game ini dedahkan bahawa Spencer ambil Grace Ashcroft (watak utama) sebagai anak angkat sejak kecil, dan guna baki hidup dia untuk membuat antivirus “Elpis” bagi musnahkan semua ciptaan Umbrella demi tebus dosa silamnya.

Perubahan watak jadi baik secara tiba-tiba ini buat ramai pemain pelik, lagi-lagi sebab Spencer masih taksub ingin jadi tuhan sampai saat dia dibunuh oleh Albert Wesker dalam Resident Evil 5. Kenyataan Orkin memberi petunjuk bahawa DLC itu nanti akan cuba selesaikan plot tersebut, serta jelaskan mengapa watak Spencer berubah secara drastik di hujung hayatnya.

Buat masa sekarang, pihak Capcom masih belum dedahkan apa-apa info rasmi tentang jalan cerita, atau gameplay. Pada masa yang sama, janganlah anda jangan letak harapan tinggi untuk tarikh keluar diumumkan dalam masa terdekat.
Walaupun pengarah game sahkan bahawa story expansion dan sebuah mini-game tambahan sedang dibuat, Capcom masih senyap tentang segala butirannya. Khabar angin pula jangka DLC ini mungkin hanya keluar sekitar hujung tahun 2027.









Discussion about this post