Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Phoenix Cyclops adalah watak DLC pertama untuk MARVEL Tōkon: Fighting Souls. Tetapi baru hari ini Sony Interactive Entertainment dan Arc System Works mengumumkan bahawa ketua kepada X-Men dengan kuasa kosmik ini akan dikeluarkan pada 2 November 2026 untuk PlayStation 5 dan PC melalui Steam serta Epic Games Store.
Cyclops memang sudah lama muncul dalam game fighting Marvel sejak era 1990-an, jadi rupa dan moveset dia sudah biasa sangat untuk peminat lama. Walaupun dia antara calon awal untuk base roster pasukan “Unbreakable X-Men”, pembangun tidak mahu ulang gaya permainan lama yang sama.
Untuk beri kelainan, pasukan cerita ambil inspirasi daripada komik Avengers vs. X-Men, waktu Scott menyerap kuasa Phoenix Force.

Versi ini memaparkan Scott Summers yang lebih muda dan terdesak demi menyelamatkan kaum mutan daripada pupus. Dia percaya pada keadilan mutlak dan sanggup buat apa saja, lalu perlahan-lahan berubah daripada ketua yang berdisiplin kepada watak yang dipenuhi kuasa api berbahaya. Arc System Works mereka bentuk watak ini untuk tunjukkan konflik diri tersebut dengan menggabungkan rupa yang nampak lebih muda dan aura api kosmik, sambil mengekalkan rekaan asal daripada komik.

Semasa berlawan, Phoenix Cyclops ialah watak all-rounder serba boleh. Dia kuat dalam serangan jarak jauh dan dekat menggunakan pelbagai teknik Optic Blast, rushing strikes, dan command throws. Kuasa Phoenix Force juga membolehkan dia buat serangan api luas untuk kawal sebahagian besar arena.
Apa yang buat watak ini berbeza ialah sistem sumber kuasanya. Setiap kali berjaya serang musuh guna teknik Optic Blast, Cyclops akan kumpul tenaga Phoenix yang dipanggil Solar Shards.

Bila sudah kumpul empat Solar Shards, anda boleh ubah dia menjadi Dark Phoenix. Bentuk ini beri peningkatan kuasa sementara yang sangat besar pada serangan dan kelajuan, menjadikannya sangat agresif bila menyerang.
Tapi kuasa ini ada risiko besar. Sama macam dalam komik, Phoenix Force memakan diri. Nyawa pemain akan berkurang sendiri secara perlahan-lahan selagi bentuk ini aktif. Anda kena bijak pilih masa yang betul untuk aktifkan kuasa ini supaya tidak makan diri dalam perlawanan.

Kalau lebih suka rupa klasik Scott dengan sut biru-kuning era 90-an atau gaya komik lamanya berbanding rekaan Phoenix ini, jangan risau.
Pembangun sedar ramai peminat membesar dengan versi Cyclops yang berbeza dan mahukan rupa asal tersebut. Sebab itu DLC ini turut sediakan pilihan kostum “Classic” dan “Legacy”, jadi anda boleh main menggunakan moveset baharu ini dengan rupa klasiknya.









Discussion about this post