Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game Survival Horror Shooter ‘ANOMALITH’ Lancar Demo Percuma Di PS5, Switch 2 & PC

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 8, 2026
in Artikel, Berita, Demo, Nintendo Switch 2, PC, PS5, Seram, Shooter, Steam
0 0
0
Game Survival Horror Shooter ‘ANOMALITH’ Lancar Demo Percuma Di PS5, Switch 2 & PC
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda minat game seram Jepun dan aksi third-person shooter, ada satu game baharu yang anda boleh cuba secara percuma hari ini. FuRyu dan pembangun Winning Entertainment Group telah mengeluarkan demo untuk ANOMALITH di PlayStation 5, Nintendo Switch 2, dan PC melalui Steam.

Demo ini membolehkan kita cuba bahagian awal permainan untuk rasa sendiri sistem combat, suasana seram, dan permulaan jalan ceritanya. Tapi perlu diingat, save data atau kemajuan daripada demo ini tidak akan dibawa ke versi penuh nanti, jadi ia sekadar percubaan awal sahaja.

◤「正式体験版」配信開始 ◢

異常現象×変異する少女×サバイバルTPS
『アノマリス/ANOMALITH』

PlayStation 5 / Nintendo Switch 2 / Steamで正式体験版を配信開始。
本編の冒頭を1.5~2.5時間程度お楽しみいただけるほか、再出撃や武器・装備の開発も可能です。

ダウンロードはリプライ欄から⇩ pic.twitter.com/j8rrVbTNpI

— アノマリス/ANOMALITH – Official (@AnomalyZCO) October 7, 2026

ANOMALITH memang nampak berbeza dengan gaya visualnya yang tersendiri. Mengambil latar masa retro Jepun versi alternatif, game ini gabungkan suasana zaman Showa dengan konsep seram “liminal space.”

Anda akan bermain sebagai Reona Minazuki, seorang pelajar sekolah menengah berumur 17 tahun. Bila satu fenomena aneh bernama “Anomalization” berlaku di sebuah pusat beli-belah, kawan baiknya, Arisa, hilang secara tiba-tiba. Untuk cari kawan dia semula, Reona sertai agensi kerajaan Anomaly Zone Countermeasures Office sebagai seorang “Diver” dan masuk ke dimensi anomali yang penuh dengan makhluk bahaya.

Dari segi gameplay, ANOMALITH menampilkan aksi tembak third-person survival horror dengan elemen extraction dan looter moden. Penerbit Gai Kidokoro kongsikan yang mereka ambil inspirasi daripada game seperti Escape from Tarkov, di mana pemain perlu jimat peluru, kutip barang bekalan, dan keluar hidup-hidup dari setiap run.

Sistem combat pula ada mekanik unik iaitu Demi-Humanization System. Bila Reona makin lama bertahan dalam zon anomali, dia akan mula serap kuasa raksasa yang dia kalahkan, lalu bermutasi untuk dapat kuasa serangan aktif dan buff pasif pada statistiknya.

Lepas habis setiap misi, anda boleh balik ke pangkalan hub untuk berehat. Di situ, anda boleh upgrade senjata guna macam-macam attachment dan Artifact yang dijumpai semasa misi, baca lebih 200 entri cerita, berborak dengan kru, atau pakaikan Reona dengan lebih 300 pilihan barangan kosmetik.

ANOMALITH akan dilancarkan secara rasmi pada 29 Oktober 2026 untuk PlayStation 5, Nintendo Switch 2, dan PC.

Tags: ANOMALITHDemo
ShareTweetSend
Previous Post

Penulis Resident Evil Requiem Terlepas Cakap, Sahkan Story DLC Akan Datang Fokus Pada Oswell Spencer

Next Post

Filem Live-Action Cyberpunk 2077 Dalam Pembangunan Oleh Paramount Pictures

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Filem Live-Action Cyberpunk 2077 Dalam Pembangunan Oleh Paramount Pictures

Filem Live-Action Cyberpunk 2077 Dalam Pembangunan Oleh Paramount Pictures

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd