Penulis Half-Life 2, Chet Faliszek dan veteran Riot Games, Dr. Kimberly Voll telah membentuk game studio yang fokus kepada Co-op!

Nama studio ini.. Stray Bombay.

Penulis Half-Life 2, Chet Faliszek dan veteran Riot Games, Dr. Kimberly Voll akan membentuk game studio yang memberi fokus kepada co-op. Diberi nama Stray Bombay, usaha ini akan menggunakan AI milik Voll untuk menguasai “bukan hanya musuh, malah setiap pengalaman,” mengikut kata-kata oleh mereka dua di blog post mereka. Manakala Faliszek akan menggunakan ilmunya ketika mencipta games Valve seperti Portal 2 dan siri Left 4 Dead.

Lebih banyak akan didedahkan tentang studio ini selepas mereka selesai mendirikan studio ini secara rasmi, kata duo tersebut. Tetapi mengikut sejarah mereka, mungkin ada penekanan pada virtual reality atau augmented reality atas ‘traditional gaming’.

“Game.. yang berubah setiap kali kamu main tanpa merasa begitu rambang, dan bantu membuat anda rasa seperti di dalam pasukan yang sebenar yang menyokong satu sama lain.. bukan orang yang menghalang jalan masing-masing,” mereka tambah di blog post itu.

Voll sebelum ini bekerja sebagai tech designer utama di Riot Games, yang bercadang untuk melabur di studio baru  beliau bersama bekas majikan Voll iaitu Upfront Ventures. Sebelum itu, Voll bekerja sebagai coder dan designer di Fantastic Contraption, sebuah VR puzzle oleh Radial Games. Pertemuan Faliszek dan virtual reality berlaku melalui kerjanya di HTC Vive VR headset di Valve.

Industri game kini dalam situasi lemah yang menekankan pemecatan dan developer bekerja terlebih jam. Voll menaikkan isu tentang hak pekerja: “Kami rasa sekarang ialah masa untuk mengubah budaya game development. Jadikan hak semua seimbang, bukan sahaja impak mereka pada projek tetapi dengan bagaimana kita bahagi ganjaran sukses kita.”

Beliau spesifik kata tentang meringankan polisi PTO yang tegas, “kerana kita sanggup percaya sesama sendiri untuk kamu ambil masa yang kamu perlukan.” Majikan lama Faliszek juga mempunyai budaya “no boss” yang dikata oleh bekas pekerja sebagai satu “penipuan” dan “bertopeng.”

“Kami rasa inilah masanya untuk mengubah budaya bagi game development,” Voll kata. “Kami ingin mencipta game yang melambangkan budaya kami.”

Sumber – Stray Bombay

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Next Post

Discussion about this post

Discord Kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.