Butiran lanjut mengenai mekanik permainan, prestasi teknikal, dan jalan cerita baru The Last of Us Part II telah muncul selepas perbincangan bersama Neil Druckmann diterbitkan di PS Blog. Kami belajar bahawa Druckman sebenarnya mempunyai asas cerita yang cukup padat untuk sekuel pada tahun 2013, tetapi ia benar-benar menjadi selepas dia berkongsi dengan ahli utama pasukan lain.
“Permainan video adalah medium kolaboratif dan kita semua ke arah idea berfokus ini,” katanya.
Mengenai subjek yang mendorong usaha Ellie untuk membalas dendam, Druckmann menerangkan bahawa:
“Ellie mahu memperbetulkan keadaan dengan membawa keadilan kepada orang yang bertanggungjawab, walaupun dia harus pergi bersendirian.”
Kami meneka bahawa misi ini mungkin mempunyai kaitan dengan Dina, seorang yang mempunyai hubungan intim bersama Ellie berikutan peristiwa permainan pertama.
Dari segi gameplay, Druckmann menerangkan dengan lebih terperinci beberapa Infected yang pemain akan bertemu.
“Kami mempunyai Runners yang menutup jarak dengan cepat. Kami mempunyai Clickers yang bergerak perlahan tetapi boleh membunuh dengan satu pukulan. Shamblers menyediakan kawasan serangan, di mana mereka mempunyai awan gas asid yang membakar bahan di sekelilingnya. Ia juga membakar kulit anda.”
Bagi mekanik baru, kami diberitahu bahawa selain daripada memberi tumpuan menjaga senjata dan peralatan dengan cara yang lebih realistik, terdapat mekanik bau baru yang membuat anjing boleh menjejaki Ellie dalam cara yang mustahil bagi manusia NPC.
Mengenai subjek musuh AI, Druckman menegaskan bahawa:
“cara (manusia NPC) berkomunikasi lebih canggih … Kami meningkatkan keupayaannya untuk membuat anda merasa tidak seperti NPC biasa atau halangan yang tiada perasaan.” Tetapi anda dapat memilih cara untuk melawan musuh kerana level design yang lebih luas kali ini.”
“Seperti yang anda lihat dengan Uncharted 4 dan The Lost Legacy, kami bereksperimen dengan layout yang lebih besar. Kami akan melakukannya perkara itu dengan permainan ini, dan mencari cara untuk menggunakannya bagi mencerminkan cerita. Apabila kita mahu tension turun, kami ingin anda berfikir ‘Apa yang akan saya lakukan seterusnya? Apa yang saya ingin pelajari di sini?.’
Akhirnya, Druckmann menerangkan beberapa pencapaian teknikal pasukan telah berjaya lakukan dari sudut pandang grafik. Seperti The Last of Us di PS3, kedengarannya seolah-olah kita akan mengalami salah satu permainan terbaik di PS4.
“Ellie mempunyai sistem animasi baru ini yang dikenali sebagai motion mapping. Bukan hanya Ellie, semua watak pun ada. Ia menjadikan pergerakan lebih responsif, tetapi juga lebih realistik pada masa yang sama. Fideliti yang kita dapat dari wajah dan motion capture – kita boleh menterjemahkan lebih baik apa yang pelakon lakukan di atas pentas ke dalam permainan. Ia membolehkan penulisan menjadi lebih realistik daripada sebelumnya. “
Sumber – PS BLOG
@gamersantaimy
Discussion about this post