Pada beberapa hari lepas, Bushiroad Games dan pembangun Eighting telah melancarkan laman web rasmi untuk fighting game 3v3 “Hunter x Hunter: Nen x Impact“, yang mendedahkan butiran lanjut tentang watak yang boleh dimainkan Gon, Killua, Leorio, Kurapika, Hisoka dan Netero.
Berikut adalah maklumatnya:
Gon
- Dia mempunyai stamina dan kuasa serangan yang tinggi walaupun pendek.
- Serangan khasnya “Jajanken”, berdasarkan permainan Rock-Paper-Scissors, boleh melakukan damage pada pelbagai jarak.
- Dia juga boleh menggunakan jorannya untuk menarik pihak lawan ke jarak yang diingini.
Killua
- Dia terkenal dengan kelincahan dan pergerakannya yang pantas.
- Bukan sahaja mahir dalam serangan jarak dekat, dia mampu jadi lebih laju dengan Godspeed.
- Gunakan kelajuannya dan Rush Combo untuk melakukan damage yang lebih besar!
Leorio
- Dia pandai melakukan serangan jarak jauh dengan penumbuk Nen.
- Jaga jarak anda semasa melawan.
- Dia juga mempunyai kuasa support-assist pasukan yang tinggi.
Kurapika
- Dia mahir menggunakan rantainya untuk melakukan serangan jarak jauh.
- Dia juga mempunyai abiliti istimewa lain, termasuk “Holy Chain: Healing Thumb”, yang mempunyai kuasa penyembuhan. Menggunakan skill ini dengan cekap boleh membantu anda mencapai kemenangan.
Hisoka
- Dia mempunyai teknik serba boleh untuk pertempuran jarak dekat dan serangan jarak jauh dengan kad pokernya.
- Dia boleh menggunakan skill khas seperti Bungee Gum untuk menarik pihak lawan lebih dekat atau untuk menjaga jarak.
Netero
- Watak agresif yang sentiasa bertindak secara bebas.
- Dia telah menguasai sejumlah skill yang kuat.
- Skill “One Hundred Type Guanyin Bodhisattva” miliknya amat kuat dan sangat berkuasa.
Baca segala berita kami tentang game Hunter x Hunter: Nen x Impact di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post