Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pendapat Mufti, Syed Saddiq dan reaksi warga Internet mengenai game PUBG

Kami kemukakan pendapat kedua-dua belah pihak serta orang awam.

Wakambing by Wakambing
March 18, 2019
in Artikel, Berita, Mobile, PC, PS4
0 0
0
Pendapat Mufti, Syed Saddiq dan reaksi warga Internet mengenai game PUBG
Share on FacebookShare on Twitter

Pertama sekali kami ingin ucapkan takziah kepada semua mangsa dan keluarga dalam tragedi serangan pengganas yang berlaku di Christchurch, New Zealand minggu lepas. Kami mengambil kesempatan ini untuk mendoakan Al-fatihah kepada semua yang telah terkorban dan juga keluarga mangsa. Di Malaysia pula, disebabkan insiden ini, banyak pendapat yang berbelah bahagi telah wujud. Mufti Negeri Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad mengatakan yang kerajaan sepatutnya segera mempertimbangkan untuk mengharamkan PUBG kerana ia memberikan impak negatif kepada kanak-kanak serta remaja.

#NSTnation: “The goal (of PUBG) is to shape the minds of the younger generation to enjoy war, to fight and indulge in vicious activities.”https://t.co/In3DIgmjzs

— New Straits Times (@NST_Online) March 17, 2019

Mengambil petikan dari New Straits Times, beliau berkata:

“Saya percaya game sebegini sengaja dirancang sejak dari dahulu lagi.” “Matlamatnya ialah untuk membentuk minda generasi muda untuk sukakan perang, melawan dan juga terlibat dalam aktiviti-aktiviti ganas.”

Mufti juga berpendapat yang game ini tidak bersesuaian untuk orang Muslim dan ia perlu dibendung sebab game ini boleh diakses dengan senang dan juga dimainkan oleh sesiapa sahaja menggunakan telefon bimbit mahupun laptop. Beliau juga berkata yang kerajaan seharusnya mengambil berat kerana gaming sekarang sudah termasuk sebahagian dalam esports.

“Tidak mustahil suatu hari nanti senjata api dapat diakses dengan mudah. Fikirkan akibat-akibatnya jika PUBG jadi sebahagian dari hidup kita.”

Mengulas mengenai tragedi di Christchurch tersebut, Mufti mengatakan yang ianya berlaku disebabkan kebencian terhadap Islam. Katanya lagi, pemimpin-pemimpin tertinggi di dunia adalah orang yang mewujudkan Islamophobia.

“Jika orang atasan sendiri bencikan Islam, tidak mengejutkan jika orang dibawah mereka juga turut akan ikut.”

Sumber: The Sun Daily

Berbeza pula pendapat dari Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman yang mengatakan kita tidak sepatutnya menyalahkan game disebabkan perbuatan terkutuk oleh sesetengah individu. Beliau juga berkata jika individu tertentu mempunyai ideologi yang keterlaluan dalam diri mereka, mereka tetap akan melakukan perbuatan keji tersebut dan tidak memerlukan game untuk memulakannya. Katanya lagi:

“Adakah ini bermaksud kita perlu haramkan semua game yang mempunyai elemen tembak-menembak atau memegang senapang yang serupa?” Saya percaya yang insiden ChristChurch ini sebenarnya lebih besar dari hanya sebuah game.” “Walaupun semasa game PUBG tiada, keganasan masih juga berlaku, jadi jangan terlalu cepat untuk menyalahkan sesuatu benda.”

Warga Internet pula mempunyai reaksi masing-masing mengenai game ini. Dari yang risau disebabkan game kegemaran mereka kena ban, sehinggalah yang mengaitkan insiden di ChristChurch itu mempunyai unsur-unsur dari PUBG.

https://twitter.com/hazifflatiff/status/1106706661618540544

Menurut pengguna Twitter ini, dia menunjukkan satu gambar di dalam PUBG mempunyai rupa seakan-akan sejadah. Jadi, dia menyeru untuk semua boikot game PUBG serta menyokong pengharamannya. Ironiknya, gambar tersebut bukanlah sejadah seperti yang disangkakan semua, ia adalah karpet Rusia ataupun dipanggil karpet Persian.

Sedangkan peta PUBG itu sendiri berlatarkan kawasan-kawasan di Rusia, tidak peliklah untuk game ini mempunyai karpet tersebut. Jadi, orang yang suka share sesuatu tanpa mengenalpasti kesahihannya, cuba ambil masa untuk check sumber dia terdahulu sebelum membuat andaian. Kalau nak kaitkan hanya game PUBG je yang mempengaruhi keganasan seperti menembak ini, bagaimana pula game-game yang lain di luar sana?

https://twitter.com/faez_jebat/status/1107123335073140736

Pengguna Twitter @Faez_jebat pula berjenaka sinis yang rakyat Malaysia berjaya menyelesaikan kesemua masalah-masalah di dunia ini hanya dari permainan video. Punca berlakunya tragedi di Christchurch itu adalah disebabkan pengganas tersebut mempunyai kebencian terhadap Islam dan pendatang yang teramat kuat. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pula berkata kebencian boleh mendorong seseorang untuk melakukan perbuat yang paling kejam. Pada tahun 1999, terdapat insiden pembunuhan yang ramai di Columbine High School oleh dua remaja sekolah. Ia juga dikaitkan dengan pengaruh permainan video dan lagu, tetapi kedua-dua teori itu tidak dapat dibuktikan. Malah, kesemuanya insiden yang berlaku ini telah pun dirancang.

Sumber: Shaun Yeo

Tragedi di Christchurch ini sudah semestinya meninggalkan kesan hitam kepada seluruh penduduk di serata dunia. Sebagai warganegara yang prihatin, janganlah kita sesekali kongsikan video pembunuhan tersebut demi menghormati keluarga mangsa. Dalam masa yang sama, PUBG dan game-game lain tidak patut dipersalahkan hanya disebabkan insiden sebegini berlaku. Bermain permainan video adalah tidak salah, tetapi janganlah sampai mengabaikan tanggungjawab sebagai umatNya. Kesimpulannya di sini ialah, jangan mudah percaya dengan apa-apa yang ada di Internet tanpa sumber yang sahih!

Minggu lepas pula kami ada post mengenai beberapa bandar di India yang membuat larangan bermain game PUBG di tempat awam selepas mendapat kebimbangan yang game tersebut boleh mempengaruhi orang awam untuk bertindak ganas.

Sumber: New Straits Times

Tags: muftipubgpubg mobileSyed Saddiq
Previous Post

The Simpsons keluarkan episod tentang Esports dan Riot Games membantu dalam pembikinan episod itu!

Next Post

Dissidia Final Fantasy NT versi percuma PC dilanda LAG!

Wakambing

Wakambing

Previously known as Hamster Goreng. Don't give up on your dreams, keep sleeping! #Mmmbbbekkkk

Related Posts

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!
Berita

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!

June 5, 2026
Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!
Anugerah

Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!

June 5, 2026
Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!
Nintendo Switch 2

Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!

June 5, 2026
Next Post
Dissidia Final Fantasy NT versi percuma PC dilanda LAG!

Dissidia Final Fantasy NT versi percuma PC dilanda LAG!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd