Pokémon Unite adalah seperti seperti permainan MOBA yang lain tetapi satu perkara yang berbeza iaitu kewujudan papan skor. Walaupun permainannya seperti sukan di mana pasukan dengan mata terbanyak menang, Pokémon Unite tidak pernah menunjukkan mata yang diperoleh oleh setiap pasukan sehinggalah perlawanan tamat. Permainan ini memberikan petunjuk siapa yang mendahului melalui klip audio, tetapi mereka tidak begitu jelas. Menjelang hujung perlawanan, apabila Zapdos boleh mengubah keseluruhan permainan, menjadikannya perlawanan yang sengit dan dahsyat. Jadi kenapa tidak memberitahu sahaja skor pasukan itu untuk mengetahui mereka sedang menang atau kalah?

Perkara ini akhirnya didedahkan oleh Kotaku melalui emel yang diterima daripada Masaaki Hoshino, penerbit Pokémon Unite. “Perlawanan berlangsung selama 10 minit dan pemain mempunyai peluang untuk bangkit semula, jadi kami mahu ramai pemain untuk terus bermain tanpa berputus asa hingga ke penghujungnya,” Jawab Hoshino apabila ditanya mengenai sebab papan skor itu disembunyikan. Itu pastinya benar kepada etos di sebalik Pokémon juga, walaupun ia boleh memberi beberapa kekeliruan di medan perlawanan sama ada untuk bermain dengan selamat atau bermain secara agresif untuk merampas kemenangan. Walaupun begitu, nampaknya falsafah reka bentuk permainan ini nampaknya berkesan kerana pemain Pokémon Unite tidak selalu menyerah walaupun mereka boleh berbuat begitu.

Permainan ini mungkin akan kekal tanpa papan skor tetapi itu tidak bermakna ia tidak akan terus berkembang dengan cara lain. Selepas dilancarkan pada bulan Julai pada Switch dan mobile pada bulan lepas, TiMi telah mengeluarkan tinjauan pemain bulan lepas yang memberikan petunjuk untuk kemungkinan mod baru dan juga lobi pemain yang bebas untuk dimasuki pada masa hadapan.
Persoalannya sekarang ialah bagaiman ekonomi Pokémon Unite akan terus berubah. Minggu lalu, kemas kini paling penting permainan itu datang dalam bentuk cara Festival Halloween yang membawa kostum holowear berharga lebih RM 160 sebagai tambahan kepada pelbagai kandungan percuma permainan dan beberapa kemas kini lain. Sebelum itu, kemas kini besar pada bulan September lalu juga mejejaskan mekanik permainan yang seperti “Pay to Win”.

“Kami sentiasa mendengar peminat kami,” kata Hoshino kepada Kotaku. “Sebagai sebahagian daripada itu, kami telah melaksanakan enhancer ticket untuk held item dan trial ticket untuk menjadikan proses memilih held item lebih menyeronokkan dan memberi ganjaran kepada pemain.”
Musim sulung Unite dijangka berakhir pada lewat bulan November. Sementara itu, permainan MOBA oleh The Pokémon Company ini juga telah mencecah lebih 25 juta muat turun. Untuk liputan lain mengenai permainan ini, sila klik pada pautan ini.
Sumber: Kotaku
@gamersantaimy
Discussion about this post