Deepmind daripada Google dah bangunkan satu artificial intelligence (AI) yang dah tumbangkan pemain-pemain StarCraft II (SC2) yang terhebat di dunia.
AI tersebut dinamakan AlphaStar, dan ianya menang 10 daripada 11 perlawanan dengan Team Liquid’s Dario“TLO” Wünsch dan Grzegorz “MaNa” Komincz dalam perlawanan demonstrasi.
Pada mulanya AlphaStar lawan TLO yang merupakan antara pengguna Zerg yang top pada Disember 2018. Tapi TLO guna Protoss; dimana dia level Grand Master untuk lawan Alphastar. Keputusannya? TLO kalah 5-0. TLO kata AI tersebut guna strategi biasa dengan efektif dan guna strategi yang dia sendiri tak terfikir sebelum ni. Ini membuktikan banyak lagi elemen SC2 yang belum dikuasai oleh manusia.
Lepas training seminggu, AlphaStar kemudiannya pegi lawan MaNa, antara pemain terhebat SC2 dan juga dalam ranking 10 pemain Protoss terhebat di dunia. AlphaStar tapau 5-0. MaNa terkejut dengan kekalahan ni dan mengatakan dia tidak sangka AlphaStar akan guna taktik berbeza setiap game dan gameplay AlphaStar terasa seperti permainan seorang manusia.
Deepmind mengatakan yang AlphaStar mempelajari cara bermain SC2 melalui imitation, tengok management asas micro dan macro semasa matchmaking ladder. Lepas tu AlphaStar kalahkan AI SC2 yang Elite. Kemudian, AlphaStar main sesama sendiri dengan versi-versi AlphaStar yang berbeza-beza.
Apa yang harus di highlight kat sini adalah, AlphaStar ada advantage yang dia sentiasa nampak semua bahagian map yang dah di discover. Seorang manusia kena manipulate kamera untuk tengok kawasan map yang telah diterokai.
Lepas Deepmind address advantage ni, AlphaStar sekali lagi lawan MaNa. Baru MaNa menang sebab AlphaStar kena manually tengok map macam manusia. Kemenangan ni menyebabkan MaNa sedar yang gameplay dia banyak bergantung kepada memaksa seorang lawan membuat kesalahan.
Walaupun AlphaStar menang dengan menggunakan taktik-taktik secara efektif, namun masih terdapat kelemahan dan kekurangan dalam AI-nya, seperti ianya membina terlalu banyak unit yang tidak berguna.
Namun ia berjaya menang 10 daripada 11 game, satu pencapaian yang membanggakan. Deepmind mengatakan teknik dan mekanisma dalam AlphaStar boleh digunakan untuk menyelesaikan permasalahan dalam bidang lain.
Deepmind juga kata yang kemajuan dalam AI menerusi SC2 ini akan mendorong kemajuan dalam misi mereka dalam mencipta sistem yang intelligent.
Sebelum ini ada juga AI cuba lawan atlet pro esport, OpenAI pernah lawan pemain pro Dota 2 semasa International 2018 (T18) tahun lepas dimana AI ini tumbang di tangan pemain-pemain pro Dota 2.
Kalau korang nak tengok replay perlawanan AlphaStar boleh la ke sini, direct ke website Deepmind.
Lepas tu main game Detroit: Become Human. Tak lama lagi dah dunia kita akan ke arah tu nampaknya…setuju?
@gamersantaimy
Discussion about this post