Developer Dota 2 Valve Corporation dah umumkan hero baru, Mars; akan tiba pada Febuari hingga awal Mac ini. Diorang announce berita ni menerusi Twitter:
The new ranked season is coming next week, and alongside it a balance focused 7.21 patch. We are aiming to release Mars sometime between the end of February and early March.
— DOTA 2 (@DOTA2) January 25, 2019
Dalam pengumuman tu bagitau yang ianya akan tiba dalam Dota 2 punya patch 7.21, juga pengumuman tu bagitau yang ranked season terbaru bakal tiba minggu depan.
Ramai dah yang tunggu Mars ni sebab sebelum ni dia diumumkan bersama-sama Gromstroke masa The International 2018, Ogos lepas. Dan dalam keadaan typical Valve; diorang delay release Mars.
Dan setakat ini takde latar belakang Mars, yang diketahui hanya dia seorang dewa perang tamadun Rome, walaupun senjata-senjata dia nampak lebih kepada Greek. Berdasarkan teaser, barangkali Mars ni hero melee.
Sekarang hantu-hantu Dota 2 boleh la bertenang sebab dah firm Mars akan tiba, sambil nak tunggu boleh la layan ranked season…
@gamersantaimy
Discussion about this post