Square Enix telah membuka pra-pendaftaran untuk Echoes of Mana di mana korang boleh pradaftar game ini di peranti Android dan iOS. Selain peranti, korang juga boleh pradaftar game ini melalui Twitter, Facebook dan e-mel. Jika matlamat pra-pendaftaran tercapai, Square Enix akan mengedarkan sebanyak lima ganjaran.

Walaupun boleh pradaftar Echoes of Mana, tarikh keluaran tepat masih belum didedahkan. Walau bagaimanapun, Square Enix menyebut di laman web rasmi bahawa mereka yang pradaftar akan dimaklumkan melalui peranti mereka sebaik sahaja game tersedia untuk dimainkan.
Ganjaran pra-pendaftaran untuk Echoes of Mana adalah seperti berikut:
- 50,000 user – Spirit Crystal x800
- 100,000 user – Spirit Crystal x900
- 150,000 user – 3 Star Primm (Boomerang) x1
- 200,000 user – Spirit Crystal x1,000
- 300,000 user – 4 Star Memory Gem dilukiskan oleh HACCAN x1

Asalnya diumumkan pada Jun 2021, Echoes of Mana adalah game mobile free-to-play. Sebagai entri terbaru dalam siri Mana, kita boleh bersekutu dengan watak dari siri lalu untuk bantu mencari Pedang Mana legenda! Dilabel sebagai “2D action RPG, game ini mempunyai sistem kawalan yang mudah dipelajari tetapi sarat dengan content yang korang biasa jumpa dalam mana-mana game gacha.

Hanya “swipe dan tap” untuk menggunakan skil dan item lalu mendominasi medan perang! Selain itu, kita boleh co-op dengan pemain lain untuk menentang bos yang sukar dalam acara PvE. Seperti saya kata di atas, kita boleh membentukkan ‘party’ Impian dengan pelbagai watak daripada pelbagai game Mana. Campur dan padankan watak lama dan original ke dalam party, kemudian pimpin pasukan ke arah kemenangan.
Square Enix juga telah mengeluarkan treler prapendaftaran, yang mempamerkan lebih lagi tentang sistem gameplay. Berikut adalah video:
Echoes of Mana akan dikeluarkan untuk peranti Android dan iOS pada tahun 2022. Prapendaftaran dibuka sekarang.

@gamersantaimy
Discussion about this post