Secara rasmi, Pearl Abyss mengumumkan bahawa permainan aksi hero battle royale mereka Shadow Arena kini akses awal nya telah tiba di PC via STEAM! Selepas menjalankan beberapa ujian beta secara global, Shadow Arena akan teruskan memberi pengalaman gameplay terbaik yang akan sentiasa menggunakan maklum balas pengguna.
Bedasarkan dari universe Black Desert, Shadow Arena memerlukan pemain menentang satu sama lain dalam peperangan yang gempak dengan menggunakan magik kuat serta senjata untuk bertahan hingga akhir permainan. Ketika perlawanan, pemain juga boleh menewaskan monster yang menakutkan untuk mendapatkan barangan hebat dan memperoleh kelebihan untuk menjadi hero terakhir yang berdiri.
Bermula hari ini, pemain boleh memilih diantara 10 Hero termasuk hero terbaru Venslar. Venslar membawa cara serangan kombat terbaru dalam medan peperangan, menampilkan kit seimbang dengan kemahiran menyerang dan bertahan. Hero terbaru ini membenarkan pemain mengalami pengalaman gameplay berstrategik dengan memilih sama ada fokus pada menyerang atau bertahan.
Pelbagai ciri baru dan kandungan juga tersedia dalam akses awal ini. Beberapa tahap kesukaran juga ditambah pada AI Matches untuk membawa persekitaran yang sesuai dengan kemahiran setiap pemain. Setiap hero kini mempunyai tahap Ultimate Skill yang akan menjadikan satu kemahiran lebih hebat daripada yang lain. Lebih-lebih lagi, kawasan dalam permainan kini mempunyai ciri yang berbeza dari segi jenis dan tahap monster.
Selanjutnya, pemain boleh membeli Skin Hero yang boleh digunakan untuk mengubah penampilan Heroes. Hero juga akan tersedia untuk pembelian dan emotes dalam permainan baru yang telah disertakan juga akan menambahkan keperibadian kepada mereka. Kemas kini lain seperti Daily Quests, Challenges, the Ancient Weapon Puturum dan Suspicious Cauldron akan membantu pemain yang ingin meningkatkan hero mereka.
Spesifikasi Sistem SHADOW ARENA | ||
MINIMUM: | RECOMMENDED: | |
OS: Windows 7/8/10 64-bit | OS: Windows 10 64-bit | |
Processor: | Intel Core i3 / AMD Ryzen 3 | Intel Core i5 / AMD Ryzen 5 1600 |
Memory: | 4 GB RAM | 8 GB RAM |
Graphics: | NVIDIA GeForce GT 440 / AMD Radeon 5450 / Intel HD Graphics 4000(Ivy Bridge) | NDVIA GTX 970 / AMD RX 480 |
DirectX: | Version 11 | Version 11 |
Network: | Broadband Internet connection | Broadband Internet connection |
Storage: | 20 GB available space | 20 GB available space |
Additional Notes: Screen Resolution: | 1280×720 | Screen Resolution: 1920×1080 or higher |
“Shadow Arena merupakan permainan yang berdiri sendiri dimana membenarkan pemain mengalami pengalaman universe Black Desert tidak seperti sebelumnya. Dalam akses awal ini, kami akan terus mendengar secara dekat akan maklum balas pemain agar dapat menyempurnakan permainan ketika pelancaran rasmi.”
-Kwang Sam Kim, Lead Producer Shadow Arena.
Permainan ini adalah Free-to-play dan anda boleh dapatkan DLC penuh dengan 10 hero berharga RM192.00 di Steam. Jangan lupa ikuti Shadow Arena di laman web rasmi, Discord, Facebook, YouTube, dan Twitter untuk lebih informasi.
@gamersantaimy
Discussion about this post