Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Patch sebenarnya untuk fix bugs, tetapi Respawn tak sengaja reset progress pemain!

From level 100 to level 1? Damn.

Wakambing by Wakambing
April 4, 2019
in Artikel, Berita, PC, PS4, Xbox One
0 0
0
Patch sebenarnya untuk fix bugs, tetapi Respawn tak sengaja reset progress pemain!
Share on FacebookShare on Twitter

Respawn membuat patch terbaru untuk Apex Legends, tetapi ianya datang dengan beberapa isu – sangat teruk. Kemaskini versi 1.1 itu sepatutnya memperkenalkan beberapa perubahan dari segi struktur permainan dan beberapa bug yang luar biasa. Sebaliknya, pemain tidak sengaja ditukarkan ke server lain yang tidak mempunyai backup file mereka, seterusnya menyebabkan kesemua pemain hilang progress dari awal bermain.

Until the issue has been resolved we recommend players do not buy or craft anything. We'll continue to provide updates, along with an ETA, as information comes in.

— Apex Legends (@PlayApex) April 3, 2019

Selepas laporan awal bug ini, akaun Twitter rasmi Apex Legends menyatakan bahawa ia adalah isu yang diketahui, dan mereka akan mengambil tindakan selanjutnya. Setelah mendapat banyak laporan mengenai bugs, Respawn mula menutup sesetengah server permainan untuk melakukan penyelenggaraan dan cuba menyelesaikan masalah ini.

Fix is now live on all platforms and your progression up to the time Patch 1.1 went live is safe and sound and been restored. More details here: https://t.co/yZZzIaZBBi

— Apex Legends (@PlayApex) April 3, 2019

Progress pemain hingga ke kemaskini tersebut semuanya selamat. Respawn berkata, segala item, progress, level mahupun barangan yang dibeli sehinggalah mereka membuat patch 1.1 itu telah dikembalikan seperti biasa.

  • Sebarang pembelian dalam game dan progress ketika patch 1.1 dikeluarkan akan dibaiki dan dipulangkan.
  • Sebarang pembelian mata wang, sama ada sudah dibelanjakan atau belum, akan dikembalikan pada keadaan yang asal. Kalau korang beli matawang dalam game bernilai $20 dan telah menghabiskan $18, korang akan dapat $20 semula selepas fix ini,
Antara kemaskini yang dibuat untuk patch 1.1:
QUALITY OF LIFE:

Menambah ability untuk party dengan skuad terakhir korang telah bermain. Selepas match tersebut, akan terdapat button di lobi yang memaparkan dua orang terakhir yang korang telah bermain dan boleh ajak mereka untuk sertai skuad korang.

  • Menambah button “mute” ketika intro dan pemilihan Legend.
  • Apabila ingin melaporkan pemain di PC, akan terdapat pilihan untuk “Cheat” dan lain-lain.
  • Menambah pilihan untuk membuka/menutup lampu yang serasi [Contohnya: Razer Chroma] di tetapan Mouse/Keyboard.
  • Menambah maklumat berguna yang akan keluar di PC jika crash disebabkan:
    • Memori hampir habis digunakan

    • CPU Overclock/overheating

  • Menambahkan pelanggaran yang lebih baik di turret atas Supply Ships.

  • Pembaikan kestabilan untuk semua platform.

BUGS YANG TELAH DIBAIKI:

  • Isu di mana ganjaran Battle Pass di page tidak mempunyai item default yang dipilih, menyebabkan page tersebut menjadi kosong.
  • Bugs untuk PS4 dan Xbox One di mana apabila pemain cuba untuk menggunakan keyboard akan crash dan mempunyai script error.
  • Bugs di mana Banner Cards tidak keluar di penghujung match.

INTERAKSI JUMP PAD OCTANE:

  • Pad Jump Octane tidak lagi memberi kesan kepada pemain apabila mereka menggunakan Void Ability.

Bukan itu sahaja, Respawn juga membuat penalti untuk pemain yang keluar awal dari permainan. Kata mereka, patch itu tidak disengajakan dan mereka telah menghentikannya untuk kesemua platform.

Sumber: Reddit Eclon

Selepas insiden ini, ramai pemain membuat aduan tak puas hati mereka di media sosial. Malah, Respawn juga telah meminta maaf atas segala kekeliruan yang berlaku. Patch 1.1 ini sudah boleh dimuat turun dan segalanya telah dibaiki, korang hanya perlu download melalui Origin sebelum boleh bermain seperti biasa. Ini bukanlah masalah pertama dari Respawn, mereka juga pernah (dan masih) menghadapi masalah dengan cheaters! Big Yikes!

Sumber: Reddit

Tags: Apex Legendspatchrespawn
Previous Post

Bekas champion Esports kini bertukar kepada kehidupan jenayah!

Next Post

Budak hancurkan kereta famili selepas ibubapa melarang Fortnite!

Wakambing

Wakambing

Previously known as Hamster Goreng. Don't give up on your dreams, keep sleeping! #Mmmbbbekkkk

Related Posts

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu
Berita

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu

September 7, 2026
Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan
Jom Singgah!

Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan

September 7, 2026
Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Next Post
Budak hancurkan kereta famili selepas ibubapa melarang Fortnite!

Budak hancurkan kereta famili selepas ibubapa melarang Fortnite!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd