Street Fighter merupakan game popular dalam genre fighting sejak dari pengeluaran yang pertama pada tahun 1987. Kalau sebut sahaja nama Street Fighter, ramai sebenarnya yang mencuba untuk menghafal dan lakukan skill hebat dalam game. Kami telah berpeluang untuk mencuba Street Fighter 6 semasa mereka mengadakan “Closed Beta” baru-baru ini.
Nak tahu lebih lanjut, teruskan membaca pandangan pertama kami mengenai “Street Fighter 6 Closed Beta”.
Gameplay
Setelah saya bermain beberapa perlawanan, Street Fighter 6 perlu dimainkan dengan sangat yakin dan pemain sepatutnya tahu apa yang patut dilakukan. Game ini juga menyediakan pelbagai ciri-ciri yang berkuasa dan dalam masa yang sama ia boleh mengundang bahaya kepada pemain jika pergerakan dapat diramal oleh musuh.
Di sinilah “Drive System” membantu untuk menyeimbangkan gameplay. Pada asasnya, kebanyakan skill istimewa boleh digunakan tetapi ia memerlukan “Drive” dan apabila ia habis, anda perlu memukul musuh untuk mendapatkannya kembali. Namun, jika “Drive dihabiskan secara keseluruhan, watak anda akan berada dalam fasa “Burnout” di mana pemain akan menerima “stun” lebih lama dan tidak boleh menggunakan skill sehingga memperolehi semula “Drive”.
Contoh yang saya boleh berikan adalah “Drive Impact” di mana ia merupakan satu gerakan istimewa yang berfungsi secara berbeza pada “skill level” yang berlainan. Untuk menyerang musuh dalam kedudukan defensif, terdapat satu gerakan yang dipanggil “Armoured move”. Walaupun anda sedang berlindung semasa diserang, ia juga dapat memberikan damage kepada musuh.
Lebih teruk lagi apabila digunakan semasa berada di sudut, ia dapat memecahkan pelindung lalu membuat “wall splat” dan secara tidak langsung dapat membuka ruang untuk menyerang musuh dengan damage yang tinggi.
Jadi, kepada pemain baharu, Drive Impact ternyata memberikan kesan sangat besar. Saya hanya dapat lihat menggunakan serangan yang sama iaitu “Drive Impact” sahaja untuk membalas serangan ini. Namun, impaknya sangat besar sehingga tercampak ke sudut.
Manakala untuk pemain dalam kategori “intermediate” dan yang lebih bagus, serangan “Drive Impact” boleh diramal dengan sangat senang dan terdapat banyak cara untuk menanganinya. Anda boleh “parry” atau “grab” serangan tersebut. Sekarang ini, anda akan tahu bila mereka akan menyerang dengan menggunakan “Drive Impact” dan menjadikan perlawanan lebih sengit dengan masing-masing sedang membaca pergerakan musuh.
Serangan seperti Grab yang boleh lakukan banyak damage juga memainkan peranan dan ia telah membuatkan Street Fighter 6 berasa seperti game yang perlu utamakan pertahanan. Dan seterusnya baru berfikir untuk membuat keputusan yang tepat bagi menyerang musuh.
Tidak lupa juga dengan serangan kombo yang merupakan sebahagian daripada mekanik penting dalam game ini. Setiap watak mempunyai “pre-set chain” yang boleh mereka lakukan dan pastikan anda menyerang sehabis baik semasa ada peluang besar.
Execution
Bergerak kepada “Execution”, saya sangat sukakan cara mereka mengendalikannya. Tadi, saya telah pun bercakap tentang “Modern Control” di mana ia lebih mudah untuk pemain baharu. Tetapi tidak sesuai untuk digunakan pada peringkat yang lebih tinggi.
Sekarang ini tiba masanya untuk “Classic Control” di mana ia agak sukar untuk mengawal pergerakan lagi-lagi gerakan “Dragon Punch”(forward, down, down-forward). Biasanya, ia sukar untuk dilakukan tetapi Street Fighter 6 didatangkan dengan input timing yang lebih lembut untuk membuat serangan tersebut. Ia sangat bagus buat pemain yang ingin memainkan watak seperti Ryu dan Luke.
Sama juga seperti Guile yang mempunyai versi sempurna untuk Sonic Boom (charge back, forward) di mana ia dikeluarkan lebih pantas. Walaupun begitu, ia sebenarnya boleh dikeluarkan dengan sangat mudah. Manakala serangan Boom yang biasa memerlukan masa dengan menekan butang pada masa yang lama. Ia menjadikan gameplay untuk Guile lebih menarik kerana “Regular Boom” bukan semakin teruk tetapi hanya perlahan sahaja.
Secara keseluruhan, saya rasa mereka ingin pemain baharu mendalami watak yang dimainkan. Hal ini kerana, saya telah bermain selama 2 hari dan masih tidak cukup untuk belajar lebih mendalam tentang Luke dengan betul. Kebanyakan perlawanan yang saya main telah pun melakukan perkara yang betul dalam “Neutral”, tetapi saya tidak dapat memanfaatkannya dengan betul dan tidak dapat membuat kombo yang lebih optimum.
Training Mode
Saya rasa “Training Mode” yang ditampilkan di dalam Street Fighter 6 adalah salah satu perkara yang terbaik pernah saya nampak setakat ini. Ia mempunyai banyak peralatan yang boleh membantu pemain menjadi lebih baik seperti “Bar” yang menunjukkan “breakdown” pada setiap serangan yang dilakukan (startup, active, recovery).
Selain itu, terdapat juga ciri-ciri yang membolehkan pemain ambil kesempatan untuk menjadi lebih baik di mana ciri kebolehaksesan mempunyai perkara seperti isyarat bunyi untuk “input timing” dan sudah pasti menjadi perkara paling penting dalam game fighting.
Watak
Apabila masuk ke dalam Street Fighter 6, saya sebenarnya terkejut kerana tidak semua watak yang diumumkan membuat penampilan dalam “Closed Beta” ini. Blanka, Dhalsim dan Honda, kesemuanya langsung tidak wujud dalam game ini. Apa yang membuatkan saya lebih sedih adalah trailer yang ditayangkan semasa TGS menampilkan kesemua watak di mana ia nampak sangat seronok untuk dimainkan.
Walaupun begitu, setiap watak yang telah berada dalam Street Fighter 6 masih seronok untuk dimainkan. Kimberly ialah watak campuran yang sangat bagus dengan mempunyai pergerakan untuk memastikan anda sentiasa meneka pergerakan yang bakal dilakukan. Manakala watak seperti Luke, ia melakukan damage yang tinggi dan bertentangan dengan Guile yang benar-benar pandai menjauhi serangan anda.
Secara keseluruhannya game ini masih terasa lebih defensif, yang mana Street Fighter sebagai satu siri dikenali. Tetapi cara watak menangani perkara itu juga menarik di mana pemain Kimberly dapat menakutkan saya kerana mereka sangat pandai mengatur gerakan mereka sehingga sukar untuk menentangnya.
Sama juga seperti Luke. Serangan yang menggunakan alatan boleh membuatkan anda berada dalam keadaan yang sukar.
Kesimpulan
Pada pendapat saya, Street Fighter 6 akan menjadi salah satu game yang sangat menarik jika mereka masih mengekalkan cara yang telah sedia ada sekarang. Dari segi visual sehingga ke gameplay, ia boleh menjadi salah satu game yang dinantikan oleh ramai orang.
Saya sangat menghargai bahawa terdapat game yang boleh dimainkan pada setiap level di mana mereka masih memberikan cara untuk pemain baharu bermain dalam game ini. “Matchmaking” yang disediakan juga mengikut skill level setiap pemain. Jadi, pemain baru tidaklah rasa sangat teruk semasa bermain.
Jika anda berminat untuk mendapat Street Fighter 6, ia akan dilancarkan pada tahun 2023 di PS4, PS5, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam. Untuk mendapatkan lebih banyak review menarik mengenai game, teknologi atau filem, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post