Selepas tiga tahun terpisah, Kingston Technology akhirnya kembali ke acara besar COMPUTEX 2023 di Taipei. Bersama falsafahnya, “Kingston Is With You”, mereka menjemput semua orang untuk datang ke bilik pameran “Kingston Future Hub” bagi melihat produk terbaharu termasuk non-binary DDR5 memory, XS1000 External SSD, Industrial SD card, solusi Data Center dan banyak lagi.
Kingston Future Hub Showroom di Computex 2023 memiliki lima zon unik yang dipecahkan seperti berikut:

Creator Gadgets – Memandangkan permintaan storan data dan prestasi komputer semakin meningkat, Kingston membawa masuk studio peribadi yang dilengkapi dengan memori Kingston FURY, SSD Kingston dan stesen kerja penuh gajet. Kingston memperkenalkan memori DDR5 bukan binari yang memenuhi ratio ideal memory-to-core tanpa mengorbankan jalur lebar. Dengan lebih fleksibiliti dalam kapasiti, model DDR5 bukan binari menyediakan pilihan kos efektif yang boleh mengurangkan kos sistem.

Enterprise Suite – Pusat data walk-in yang mempamerkan SSD dan server memori DDR5 peringkat premier milik Kingston. Mereka melancarkan SSD DC600M Enterprise, dioptimumkan untuk beban kerja dengan Quality of Service (QoS) bagus yang memastikan latensi dan konsistensi IOPS untuk mencapai pencapaian yang diingini. Selain itu, Kingston memperkenalkan Industrial SD Card, sesuai untuk rakaman intensif tulis dalam keadaan persekitaran kerja berat.

Gamer Ecstasy – Menunjukkan build PC custom oleh modder PC terkemuka dunia, di samping barisan produk memori DDR5 bukan binari seperti Kingston FURY terbaru dan SSD Kingston FURY Renegade. Memori Kingston FURY DDR4 serba baharu juga dipaparkan di pameran bersama
dengan pilihan DDR5 RGB dengan kesan pencahayaan 18 RGB FURY CTRL untuk menyerlahkan lagi gaya pemain.

Vlogger Essentials – Mempamerkan solusi storan terbaik dalam Kingston di mana mereka bekerjasama dengan EVA Air untuk memudahkan perjalanan dengan produk yang kualitinya dipercayai. Kingston memberikan pandangan pertama eksklusif untuk SSD Luaran XS1000, yang menawarkan faktor reka bentuk mudah alih yang membantu pengguna menyimpan, berkongsi dan memindahkan fail penting semasa dalam perjalanan.

Smart Living – Produk memori Kingston turut boleh didapati dalam peranti pintar di rumah, dron, eBook dan alatan pendidikan, di mana mereka berkerjasama dengan jenama besar termasuk Acer, ASUS, BBK Electronics, OPPO dan banyak lagi.
Baca segala berita kami tentang produk Kingston di SINI atau layari laman web rasmi mereka di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post