Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Barisan Game Baru Yang Anda Boleh Main Sepanjang Jun 2023!

Maira by Maira
May 31, 2023
in Artikel, Berita, Game, Game Baru, Senarai
0 0
0
Barisan Game Baru Yang Anda Boleh Main Sepanjang Jun 2023!
Share on FacebookShare on Twitter

Mesti ramai yang sudah tidak sabar untuk bermain game yang keluar sepanjang Jun 2023. Boleh tahan juga entri game untuk bulan ini. Antara game hebat yang akan keluar ialah Street Fighter 6, Diablo 4, Final Fantasy 16 dan banyak lagi! Jom kita tengok game gempak lain yang akan keluar sepanjang Jun 2023!

Street Fighter 6 — 2 Jun [PS5, PS4, Xbox Series, PC]

Inilah pencabar terbaru Capcom! Street Fighter 6 mewakili evolusi seterusnya untuk siri ini. Dikuasakan oleh RE ENGINE Capcom, pengalaman Street Fighter 6 merangkumi tiga mod game berbeza yang menampilkan World Tour, Fighting Ground dan Battle Hub.

Amnesia: The Bunker — 6 Jun [PS4, Xbox One, Xbox Series, PC]

Sumber: Frictional Games

Dibiarkan bersendirian di dalam kubu WW1 yang sepi dengan hanya tinggal satu peluru, terpulang kepada anda untuk menghadapi keganasan yang menindas dalam kegelapan. Pastikan lampu menyala walau apa jua keadaan, tabah dan teruskan jalan keluar anda.

Diablo 4 — 6 Jun [PS5, PS4, Xbox One, Xbox Series, PC]

https://www.youtube.com/watch?v=XV4zVqb9vWc&pp=ygUIZGlhYmxvIDQ%3D

Diablo IV ialah pengalaman RPG aksi dengan kejahatan yang tidak berkesudahan untuk disembelih, kebolehan yang tidak terkira banyaknya untuk dikuasai, dungeon yang mengerikan dan loot legenda.

MotoGP™23 — 8 Jun [PS5, PS4, Xbox One, Xbox Series, PC]

Hidupkan impian untuk menjadi juara seterusnya dengan MotoGP™23 baharu, lebih hebat dan mencabar berbanding sebelum ini! Bersaing dalam tiga kategori kejuaraan rasmi MotoGP™, Moto2™ dan Moto3™, jadi pelumba kegemaran anda dan menuju ke trek untuk mengalami adrenalin musim 2023.

Layers of Fear — 15 Jun [PS5, Xbox Series, PC]

Ia merupakan sebuah game seram psikologi yang berlaku pada awal abad ke-20. Anda akan menerokai kehidupan dan tragedi keluarga yang dilanda dengan perkara gila dan ini membuatkan mereka sendiri gila.

Park Beyond — 16 Jun [PS5, Xbox Series, PC]

Park Beyond merupakan game simulasi di mana anda boleh mereka taman tema impian tanpa risau mengenai graviti. Dengan kawalan yang mudah diakses serta mode penceritaan, ia membantu anda untuk mengenali cara pengurusan taman dan membina tarikan menarik dan modular coaster.

EA SPORTS™ F1® 23 — 16 Jun [PS5, PS4, Xbox One, Xbox Series, PC]

Dengan kembalinya mod cerita epik, Braking Point, F1® 23 adalah rumah kepada setiap pasukan, pemandu dan litar untuk musim 2023, termasuk litar Las Vegas dan Qatar yang dinanti-nantikan.

Crash Team Rumble — 20 Jun [PS5, PS4, Xbox One, Xbox Series]

Ini merupakan game 4v4 di mana hero dan villain ikonik daripada Crash Universe, lawan untuk menawan lebih banyak buah wumpa berbanding yang lain untuk menang.

Aliens: Dark Descent — 20 Jun [PS5, PS4, Xbox One, Xbox Series, PC]

Dalam Aliens: Dark Descent, anda akan mengarahkan skuad Colonial Marines untuk menghentikan wabak Xenomorph yang menakutkan di Moon Lethe. Pimpin askar anda dalam game RTS menentang Xenomorphs ikonik, Weyland-Yutani Corporation, dan pelbagai makhluk mengerikan yang baru dalam francais Alien.

Final Fantasy XVI — 22 Jun [PS5]

Final Fantasy XVI berlangsung di Valisthea, sebuah dunia yang dibahagikan antara enam negara yang memegang kuasa melalui akses kepada Crystal dan Dominant, manusia yang bertindak sebagai hos kepada Eikon bagi setiap negara. Semua menjadi huru-hara apabila sejenis wabak yang digelar Blight mula memakan dunia itu. Protagonis, Clive Rosfield, menyaksikan kerajaannya musnah dan meneruskan usaha membalas dendam dalam mengejar Eikon jahat bernama Ifrit.

AEW: Fight Forever — 29 Jun [PS5, PS4, Xbox One, Xbox Series, Switch, PC]

Game ini merupakan game pertama yang dilesenkan secara rasmi oleh All Elite Wrestling. Pemain boleh berharap bermain sebagai ahli gusti paling legenda untuk memasuki gelanggang serta bakat AEW yang serba baharu. AEW: Fight Forever menggabungkan perasaan nostalgia, ahli gusti arked dengan finisher AEW yang inovatif dan gerakan serangan!

Master Detective Archives: Rain Code — 30 Jun [Switch]

Kota hujan telah diselubungi oleh misteri yang tidak terhitung banyaknya, di bawah kawalan penuh sebuah syarikat mega. Master Detective daripada seluruh dunia, masing-masing memiliki kuasa unik, mesti menghadapi cabaran untuk mendedahkan kebenaran. Dengan Shinigami di sisinya, protagonis, Yuma telah menyertai siasatan sebagai pelatih agensi detektif. Terokai secara bebas di bandar untuk mengumpul bukti dan testimoni.


Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda kali ini. Game Jun 2023 mana yang anda tidak sabar untuk main? Boleh kongsikan di ruangan komen. Untuk mendapatkan segala liputan menarik tentang game, boleh klik di sini.

Tags: Senarai Game 2023Senarai game Jun 2023
ShareTweetSend
Previous Post

Pandangan pertama “Kingston Future Hub Showroom” di Computex 2023

Next Post

Company of Heroes 3 Console Edition kini tersedia di PS5!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!
Promosi

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

June 5, 2026
BrownDust2 Tersedia Untuk Main Di Launcher PC Rasmi Sempena Ulang Tahun Ke-3!
PC

BrownDust2 Tersedia Untuk Main Di Launcher PC Rasmi Sempena Ulang Tahun Ke-3!

June 5, 2026
EA Sports FC 26 – Update ‘World’s Game’ Tambah Kejohanan Piala Dunia, Juga Hadiahkan Pelé 93 OVR!
Berita

EA Sports FC 26 – Update ‘World’s Game’ Tambah Kejohanan Piala Dunia, Juga Hadiahkan Pelé 93 OVR!

June 5, 2026
Next Post
Company of Heroes 3 Console Edition kini tersedia di PS5!

Company of Heroes 3 Console Edition kini tersedia di PS5!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd