Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Overwatch Menguji Perubahan Besar Matchmaking dengan “Role Queue”

Bagaimana prestasinya?

Jade Ice by Jade Ice
July 21, 2019
in Artikel, Berita, PC, PS4, Xbox One
0 0
0
Overwatch Menguji Perubahan Besar Matchmaking dengan “Role Queue”
Share on FacebookShare on Twitter

Blizzard telah membuat satu perubahan besar dalam matchmaking-nya dengan matlamat utama untuk keseimbangan pasukan dan komposisi. Sistem baru iaitu “Role Queue” akan memerlukan pemain memilih peranan yang disukai sebelum memulakan permainan; dan kemudiannya perlu memilih satu watak daripada peranan tersebut. Ciri ini telah pun berada di public test realm (PTR) untuk PC dan akan ke beta pada 13 Ogos hingga 1 September.

Dengan “Role Queue”, anda akan memilih samada tank, support ataupun kelas damage dalam mod kompetitif ataupun mod Quick Play. Kemudian sistem akan mencari 2 tank, 2 support dan 2 pemain damage dan memadankan mereka untuk mencipta satu pasukan Daripada sini, anda akan memilih watak yang dikehendaki daripada peranan yang telah dipilih. Setelah permainan tamat, anda akan dikembalikan di menu utama dan boleh memilih semula peranan anda.

Blizzard mengatakan dalam 2 mod ini, banyak keputusan penting perlu dilakukan dalam masa 40 saat sebelum permainan bermula. Sesuatu yang tidak asing lagi adalah untuk sesesorang pemain yang memiliki matlamat dan cara permainan yang berbeza merasakan resah, gementar dan kecewa dan tidak ketinggalan “sentap” apabila sesuatu pasukan itu terbina. Sistem “Role Queue” ini dicipta untuk mengatasi masalah-masalah seperti ini.

Setiap peranan akan memiliki queue-nya yang tersendiri dengan waktu menunggunya dipaparkan kepada pemain. Beratur untuk menunggu sesuatu peranan mungkin memberikan ganjaran tetapi ini belum disahkan Blizzard. Di sebalik tabir, sistem ini akan memberi markah kepada pemain dimana ia akan digunakan untuk menajamkan lagi proses pemadanannya.

Pemain juga akan mendapat mata yang dipanggil Skill Rating (SR); daripada 1-5000. Mata ini adalah seiring dengan gelaran Bronze, Silver, Gold, Platinum, Diamond, Master, dan Grandmaster. Menamatkan musim seperti biasa akan memberikan competitive points (CP) tetapi jumlah CP telah diubah. Ianya kini lebih kurang untuk setiap tier tetapi anda akan dapat lebih sekiranya anda memainkan kesemua tiga peranan. Terdapat juga 4 leaderboard 500 teratas – untuk setiap kelas dan juga purata terkumpul.

Anda harus melengkapkan 5 perlawanan saringan dalam setiap permulaan musim untuk mendapatkan SR untuk setiap peranan – 15 keseluruhannya sekiranya anda mahu untuk ketiga-tiga peranan. Anda juga akan diberikan spray dan ikon pemain istimewa sekiranya berjaya menghabiskan saringan ini.

Blizzard juga mengatakan sistem “Role Queue” ini dipadankan dengan balance pass untuk watak-watak sedia ada. Setakat ini apa yang didedahkan adalah perubahan kepada Brigitte; dimana dia telah dikemaskini untuk menjadikannya healer yang lebih baik tetapi survivability keseluruhannya direndahkan. Blizzard berkata Brigitte sesuai dijadikan healer ketiga ataupun tank; jadi perrubahan ini adalah untuk menjadikannya watak sokongan yang lebih bagus.

Sumber: Gamespot

Tags: BlizzardbrigitteOverwatchPCPS4role queueXbox One
Previous Post

Video Marvel’s Avengers Bakal Dikeluarkan Seminggu Selepas Gamescom

Next Post

Nike Bakal Mengeluarkan Kasut Spongebob Squarepants

Jade Ice

Jade Ice

"Bolehlah" gamer. Tak n00b tak expert. Dulu-dulu teras keras punya gamer. Sekarang kids, wife, gaming (in that order). Hantu Final Fantasy, MGS, Kingdom Hearts.

Related Posts

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat
Berita

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat

June 6, 2026
Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2
Berita

Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2

June 6, 2026
Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik
Berita

Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik

June 6, 2026
Next Post
Nike Bakal Mengeluarkan Kasut Spongebob Squarepants

Nike Bakal Mengeluarkan Kasut Spongebob Squarepants

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd