Overwatch 2 kini akan mulakan Season 2 tidak lama lagi selepas hampir sebulan lebih dikeluarkan secara Free-to-Play. Dengan tarikh pelancaran semakin dekat, Blizzard telah dedahkan kepada kita kandungan yang akan hadir pada Season 2 ini. Antara tambahan baru termasuk hero baru, mode baru, acara baru, Battle Pass baru dan banyak lagi.
Hero baru Ramattra
Untuk Season 2 Overwatch 2 kali ini, mereka telah mengenalkan hero baru iaitu Ramattra. Ramattra memainkan peranan sebagai Tank dalam game ini dan mempunyai kebolehan yang unik. Dia boleh mengubah form dan melakukan serangan yang berbeza mengikut form pertukarannya. Berikut adalah senarai kebolehan Ramattra:
Void Acceleration
- Menembak aliran peluru dalam corak tetap.
- Mencipta barrier di kawasan yang disasarkan.
Nemesis Form
- Berubah ke Nemesis form dan mampu mengubah jenis serangan dan mendapat bonus armor.
Nemesis Form: Pummel
- Menumbuk ke depan dapat menhasilkan gelombang tenaga.
- Mengurangkan kerosakan yang diambil dari bahagian hadapan dan mengurangkan tahap kelajuan.
Ultimate: Annihilation
- Mencipta sekumpulan nanobot dan mampu memberi kerosakan sebanyak 50%.
Escort map baru – Shambali Monastery
Pemain akan bermain mode Escort di map baru yang mempunyai laluan berliku di mana ramai Omnic mencari perlindungan. Mengikut Blizzard, map ini pernah menjadi rumah untuk Zenyatta dan hero baru, Ramattra.
Map lama kembali
Berita baik buat peminat daripada Overwatch pertama, untuk musim baru ini Blizzard akan membawa kembali map lama iaitu Rialto dan Blizzard World dan mengeluarkan Hollywood dan Watchpoint: Gibraltar daripada rotasi map. Namun kesemua peta tetap tersedia pada mode Custom.
Tema Greek Mythology
Untuk Season 2 kali ini, tema yang mereka memperkenalkan ialah perkara seperti tuhan dan kisah lagenda daripada Greek Mythology. Ia menampilkan skin Mythic terbaru Junker Queen iaitu Zeus Junker Queen sebagai ganjaran di penghujung Premium Battle Pass. Skin ini akan termasuk dengan pengubahsuaian baru, model senjata, voice line dan kesan khas. Selain itu, Ramattra dan Pharah juga akan mendapat skin Legendary melalui Premium Battle Pass.
Mode terhad Battle for Olympus
Pada 5 Januari hingga 19 Januari, anda boleh bermain mode Battle for Olympus di mana setiap hero akan mendapat kuasa seperti dewa. Pastikan anda ambil perhatian terhadap skin baru pada season ini kerana ia mungkin akan memberi clue untuk apa yang akan hadir semasa Battle for Olympus.
Itu sahaja yang dapat kami dedahkan kepada anda, untuk mendapat maklumat lanjut tentang Overwatch 2, anda boleh lawati lawan web rasmi Overwatch di sini.
Overwatch 2 Season 2 akan tersedia pada 6 Disember ini di PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC melalui Battlenet.
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Overwatch 2 daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post