Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece: Pirate Warriors 4 Belayar Ke Konsol Next-Gen Dengan DLC Baharu!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 7, 2025
in Action, Anime, Artikel, Berita, DLC, Musou, Nintendo Switch 2, PS5, Xbox Series X|S
0 0
0
One Piece: Pirate Warriors 4 Belayar Ke Konsol Next-Gen Dengan DLC Baharu!
Share on FacebookShare on Twitter

Bersiap sedialah untuk belayar di Grand Line dengan visual yang dipertingkatkan dan watak-watak baharu, kerana Bandai Namco telah mengumumkan pelancaran One Piece: Pirate Warriors 4 untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan Switch 2 pada 20 November 2025.

Pelancaran generasi baharu ini serentak dengan keluaran pek DLC “Future Island Egghead Pack”, yang memperkenalkan sekumpulan watak baharu yang boleh dimainkan.

Asalnya dilancarkan pada Mac 2020 untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch, dan PC, versi game yang dinaik taraf ini akan menampilkan grafik yang lebih terperinci dan jumlah musuh di skrin yang lebih ramai, menjanjikan pengalaman gaming yang lebih rancak dan mengasyikkan.

Peminat yang sudah memiliki game ini di PlayStation 4 dan Xbox One akan dapat menaik taraf ke versi generasi baharu secara percuma.

“Future Island Egghead Pack,” pek ketujuh game ini, akan tersedia pada 20 November dan menambah tiga watak baharu ke dalam senarai. Pemain akan dapat mengawal Rob Lucci dari CP0, Jewelry Bonney, kapten Bonney Pirates dan ahli Worst Generation, dan S-Snake, salah seorang Seraphim milik Dr. Vegapunk.

Kandungan yang boleh dimuat turun ini juga memperkenalkan tiga pakaian eksklusif yang diinspirasikan oleh arc Egghead Island.

Dibangunkan oleh Omega Force dari Koei Tecmo, One Piece: Pirate Warriors 4 ialah game musou penuh aksi yang membolehkan pemain menghayati semula pengembaraan kru Straw Hats dan watak-watak utama lain dari saga One Piece, bertarung dengan gerombolan musuh menggunakan serangan ikonik masing-masing.

Ke hadapan, Bandai Namco juga telah mendedahkan rancangan untuk pek watak kelapan yang akab dikeluarkan pada awal 2026. DLC ini akan menampilkan watak-watak yang boleh dimainkan iaitu Eneru, King, dan Z.

Tags: DLCOne Piece: Pirate Warriors 4
ShareTweetSend
Previous Post

Pokémon Legends: Z-A DLC “Mega Dimension” Akan Datang 10 Disember

Next Post

Sonic Racing: CrossWorlds Pecut Ke Nintendo Switch 2 Bersama Diskaun & Bonus Menarik!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
Sonic Racing: CrossWorlds Pecut Ke Nintendo Switch 2 Bersama Diskaun & Bonus Menarik!

Sonic Racing: CrossWorlds Pecut Ke Nintendo Switch 2 Bersama Diskaun & Bonus Menarik!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd