Pihak SEGA telah mengesahkan bahawa permainan video popular, Sonic Racing: CrossWorlds, akan tersedia untuk konsol Nintendo Switch 2 bermula pada 4 Disember 2025.
Sonic Racing: CrossWorlds sebelum ini telah pun menemui peminat di platform PlayStation 5, Xbox Series X|S, PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch dan PC sejak pelancaran pertamanya pada 25 September.
Sehingga kini, game tersebut telah berjaya mencatatkan jualan melebihi satu juta unit di seluruh dunia, membuktikan sambutan hangat yang diterimanya.

Bagi para pemain yang sudah pun memiliki game ini untuk versi Nintendo Switch, mereka berpeluang untuk menaik taraf ke versi konsol baharu dengan hanya membeli “Upgrade Pack” yang disediakan khas.
Bersempena dengan pelancarannya, satu promosi istimewa akan ditawarkan di mana Upgrade Pack ini boleh didapati dengan potongan harga sebanyak 50%. Tawaran ini sah bermula dari jam 8:00 pagi, 4 Disember 2025 sehingga jam 7:59 pagi, 11 Disember 2025.
Di samping itu, para pemain juga diberi kemudahan untuk memindahkan semua data Sonic Racing: CrossWorlds yang telah disimpan dari versi asal Switch kepada edisi Nintendo Switch 2.

Sebagai tanda penghargaan dan untuk memeriahkan lagi pelancaran ini, setiap pembelian game ini yang dibuat pada tempoh antara jam 8:00 pagi pada 4 Disember 2025 hingga 7:59 pagi pada 18 Disember 2025 akan melayakkan pembeli menerima kandungan bonus eksklusif, iaitu “Werehog Pack”.
Sekiranya anda memerlukan maklumat yang lebih terperinci, anda digalakkan untuk melayari laman sesawang rasmi permainan di SINI.









Discussion about this post