Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Nintendo Umum Barisan Pelakon Utama Filem Live-Action The Legend of Zelda!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 17, 2025
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Nintendo Umum Barisan Pelakon Utama Filem Live-Action The Legend of Zelda!
Share on FacebookShare on Twitter

Nintendo secara rasmi mendedahkan pelakon utama bagi adaptasi live-action The Legend of Zelda, salah satu francais gaming paling ikonik dalam sejarah. Pengumuman ini disampaikan sendiri oleh pencipta siri tersebut, Shigeru Miyamoto, menerusi akaun X rasmi Nintendo.

This is Miyamoto. I am pleased to announce that for the live-action film of The Legend of Zelda, Zelda will be played by Bo Bragason-san, and Link by Benjamin Evan Ainsworth-san. I am very much looking forward to seeing both of them on the big screen. (1/2) pic.twitter.com/KA5XW3lwul

— 任天堂株式会社 (@Nintendo) July 16, 2025

Watak Princess Zelda akan dimainkan oleh pelakon muda British, Bo Bragason yang berusia 21 tahun. Bragason sebelum ini tampil dalam beberapa karya terkenal seperti Renegade Nell di Disney+, The Jetty dan Three Girls di BBC, serta filem seram Censor dan The Radleys.

Pengalamannya dalam motion capture, khususnya sebagai versi muda Luna dalam Kingsglaive: Final Fantasy XV, memberikan kelebihan dalam menghidupkan watak daripada permainan video.

Sementara itu, watak Link, protagonis utama dalam dunia Hyrule, akan dilakonkan oleh Benjamin Evan Ainsworth, pelakon berusia 16 tahun dari UK.

Ainsworth dikenali melalui peranannya sebagai suara Pinocchio dalam filem live-action Disney Pinocchio (2022), selain pernah muncul dalam siri The Haunting of Bly Manor, Flora & Ulysses, dan Son of a Critch.

Filem ini merupakan usaha sama antara Nintendo dan Sony Pictures, dengan Nintendo menyumbang lebih daripada 50% dana produksi, manakala Sony akan menguruskan pengedaran di peringkat global.

Shigeru Miyamoto sendiri akan bertindak sebagai penerbit bersama dengan Avi Arad, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Marvel Studios yang terkenal dengan filem Spider-Man.

Diarahkan oleh Wes Ball, yang dikenali menerusi The Maze Runner dan Kingdom of the Planet of the Apes, filem ini mahu tampil dengan gaya fantasi yang lebih “realistik dan berpijak di bumi”.

Ball menekankan bahawa mereka tidak mahu bergantung sepenuhnya kepada CGI, dengan hasrat menjadikan filem ini berbeza daripada karya epik seperti Lord of the Rings. Malangnya, butiran cerita masih belum didedahkan.

Ramai peminat terus berteka-teki sama ada filem ini akan mengadaptasi jalan cerita daripada mana-mana game popular seperti Breath of the Wild, atau membawakan kisah baharu sepenuhnya.

Tarikh tayangan asal filem ini ialah 26 Mac 2027, namun telah ditangguhkan ke 7 Mei 2027 untuk memberi lebih ruang kepada proses produksi.

Setakat ini, pelakon lain termasuk watak antagonis utama seperti Ganondorf masih belum diumumkan, namun perkembangan filem live-action The Legenda of Zelda ini menunjukkan kemajuan positif.

Tags: the legend of zelda
ShareTweetSend
Previous Post

EA SPORTS FC 26 Akan Datang 26 September, Jude Bellingham & Jamal Musiala Jadi Bintang Muka Depan!

Next Post

Upin & Ipin Universe Kini Tersedia Di Malaysia, Inilah Harga Di Setiap Platform!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Upin & Ipin Universe Kini Tersedia Di Malaysia, Inilah Harga Di Setiap Platform!

Upin & Ipin Universe Kini Tersedia Di Malaysia, Inilah Harga Di Setiap Platform!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd