Electronic Arts Inc. mengesahkan bahawa EA SPORTS FC 26 akan dilancarkan secara rasmi pada 26 September 2025.
Bagi mereka yang membuat pra-pesanan edisi Ultimate Edition, akses awal akan bermula seminggu lebih awal iaitu pada 19 September. Pengumuman ini turut disertakan dengan trailer rasmi pertama untuk gameplay.
Dua bintang muda bola sepak yang sedang meningkat naik, Jude Bellingham dan Jamal Musiala, akan menghiasi muka depan permainan kali ini.
Bellingham kembali untuk tahun kedua berturut-turut, manakala Musiala (yang dahulunya merupakan rakan sepasukannya di peringkat remaja) muncul buat kali pertama sebagai wakil FC Bayern Munich di muka depan global EA SPORTS FC.
Mereka turut disertai oleh legenda bola sepak, Zlatan Ibrahimović, yang sebelum ini telah diumumkan sebagai wajah utama untuk Ultimate Edition.

EA SPORTS FC 26 akan memperkenalkan pelbagai pembaharuan dari segi gameplay.
Antara penambahbaikan utama termasuk sistem dribbling yang diperhalusi untuk kawalan lebih lancar dan responsif, curve run yang diselaraskan bagi gerakan pemain yang lebih bertenaga, serta peningkatan pada kedudukan penjaga gol hasil penggunaan teknologi reinforcement learning.
Turut diperkenalkan ialah animasi baharu close-body volumetric, Playstyle yang lebih serba boleh, serta sistem Player Role untuk memperkayakan aksi di atas padang.

Game ini menawarkan dua tetapan gameplay utama: Competitive Gameplay, yang direka khas untuk mod Football Ultimate Team dan Clubs dengan tumpuan pada konsistensi dan responsif tinggi; serta Authentic Gameplay, yang memberikan pengalaman bola sepak paling realistik terutama dalam mod Career.
Satu penambahan menarik dalam mod Career ialah Manager Live: sebuah hab dinamik yang menyajikan “Challenge” pelbagai tahap dan tempoh yang diilhamkan daripada kejadian bola sepak sebenar.
Ia disertakan dengan Original Career dan Live Start Points, yang membolehkan pemain mengharungi senario baharu secara berkala sepanjang musim.

Fungsi baharu lain termasuk Archetypes, sistem kelas yang diinspirasikan daripada pemain-pemain hebat dalam bola sepak. Sistem ini memberikan identiti unik dalam mod Clubs dan Player Career, di mana pemain boleh menaik taraf atribut dan membuka Archetype Perks untuk memperibadikan gaya permainan mereka.
Bagi peminat Football Ultimate Team, EA SPORTS FC 26 memperkenalkan Live Events dan mod Tournament baharu, serta penambahbaikan untuk Rivals dan Champs

Dengan lebih 20,000 atlet, lebih 750 kelab dan lebih 35 liga dari 120 stadium di seluruh dunia, EA SPORTS FC 26 mengekalkan keaslian permainan, hasil kerjasama dengan lebih 300 organisasi bola sepak global. Ini memastikan setiap aspek permainan (daripada wajah pemain hingga ke sorakan di stadium) tampil realistik dan imersif.
EA SPORTS FC 26 kini boleh dipra-pesan untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One, PC, Nintendo Switch, dan Nintendo Switch 2. Ia akan tersedia mulai 26 September 2025, manakala pembeli Ultimate Edition akan mendapat akses awal mulai 19 September.

Untuk maklumat lanjut, layari ea.com/fc26.

![[Eksklusif] Sejarah di Sebalik Penubuhan Massive Monster Bersama Co-Founder Jay Armstrong](https://cdn.gamersantai.com/2026/07/Jay-Armstrong_IWX-2026_FI-350x250.jpg)







Discussion about this post