Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Upin & Ipin Universe Kini Tersedia Di Malaysia, Inilah Harga Di Setiap Platform!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 17, 2025
in Adventure, Artikel, Berita, Epic Store, Nintendo Switch, Open World, PC, PS4, PS5, Steam, Tempatan
0 0
0
Upin & Ipin Universe Kini Tersedia Di Malaysia, Inilah Harga Di Setiap Platform!
Share on FacebookShare on Twitter

Upin & Ipin Universe yang dinanti-nantikan, sebuah game pengembaraan open world yang diilhamkan oleh siri animasi Malaysia yang terkenal, dilancarkan hari ini, menjemput pemain untuk menerokai Kampung Durian Runtuh yang meriah.

Dibangunkan oleh Streamline Studios dengan kerjasama Les’ Copaque Production Sdn Bhd, pencipta siri asal, game ini kini tersedia di PlayStation 4, PlayStation 5, Nintendo Switch, dan PC melalui Steam serta Epic Games Store.

Upin & Ipin Universe boleh didapati mulai 3PM di PS5, PS4, Steam, dan Epic Games Store. Bagi pengguna Nintendo Switch, yang mengakses game melalui eShop serantau kerana ketiadaan eShop Nintendo Malaysia, masa pelancaran berbeza: Hong Kong pada 12AM, Eropah pada 5AM, Australia pada 5AM, Korea pada 9AM, dan Amerika pada 2AM.

Berikut adalah senarai harga:

  • Nintendo Switch: US$39.99 (~anggaran RM169)
  • PS5: RM 172.18
  • PS4: RM 172.18
  • Steam: RM177.39
  • Epic Games Store: RM177.39

Pengembaraan Melalui Kampung Durian Runtuh

Upin & Ipin Universe membawa pemain menjelajah Kampung Durian Runtuh yang direka dengan penuh butiran menggunakan Unreal Engine 5. Dalam game ini, pemain akan mengawal watak kembar popular, Upin dan Ipin.

Tidak seperti kebanyakan game open world lain, tiada kawasan yang dikunci atau pemasa dikenakan, membolehkan pemain bebas menjelajah tanpa sekatan.

Lebih 12 jam kandungan berdasarkan jalan cerita utama menanti, lengkap dengan pelbagai aktiviti dan misi sampingan seperti berkebun, memancing, memasak hidangan tradisional, menangkap serangga, berlumba kereta RC, dan bermain gasing.

Game ini turut memperkenalkan jalan cerita original yang mengembangkan lagi dunia Upin & Ipin. Pemain akan berjumpa dengan pelbagai watak ikonik seperti Mei Mei, Jarjit, Ehsan, Fizi, Mail, Tok Dalang, Kak Ros, Opah dan ramai lagi.

Setiap watak boleh menawarkan misi, mini game atau dialog lucu yang menceriakan suasana, menjadikan mereka sebahagian daripada komuniti yang hidup dan tidak sekadar watak latar.

Disertakan dengan lakonan suara penuh dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris serta pilihan sari kata dan audio yang boleh diubah suai, game ini direka agar mudah diakses oleh semua jenis pemain. Ia juga boleh dinikmati secara solo atau bersama rakan-rakan dalam mod co-op untuk pengalaman bermain yang lebih menyeronokkan.

Untuk maklumat lanjut atau pembelian, sila kunjungi laman rasmi Upin & Ipin Universe.

Tags: Upin & Ipin Universe
ShareTweetSend
Previous Post

Nintendo Umum Barisan Pelakon Utama Filem Live-Action The Legend of Zelda!

Next Post

Burger King Malaysia Umum Kolaborasi Naruto – Ganjaran Istimewa & Kedai Bertema Konoha!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Burger King Malaysia Umum Kolaborasi Naruto – Ganjaran Istimewa & Kedai Bertema Konoha!

Burger King Malaysia Umum Kolaborasi Naruto – Ganjaran Istimewa & Kedai Bertema Konoha!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd