Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

‘Nintendo Pictures’ didedahkan, bakal adaptasikan francais game ikonik ke pasaran animasi

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 15, 2022
in Animasi, Artikel, Berita, Filem, Industri, Movie/siri
0 0
0
‘Nintendo Pictures’ didedahkan, bakal adaptasikan francais game ikonik ke pasaran animasi
Share on FacebookShare on Twitter

Nintendo telah mengumumkan rancangan mereka pada minggu ini untuk memperoleh Dynamo Pictures, sebuah syarikat animasi CG yang mengusahakan pelbagai jenis produksi dan siri berbeza pada masa lalu. Selepas memperoleh 100% syarikat itu, Nintendo merancang untuk menukar Dynamo Pictures kepada “Nintendo Pictures” supaya ia kemudian boleh fokus pada mencipta kandungan berdasarkan harta intelek (IP – Intellectual Property) Nintendo.

We posted the News Release "Notification of the Acquisition of Dynamo Pictures, Inc.”.https://t.co/CKhJWFx72D

— 任天堂株式会社(企業広報・IR) (@NintendoCoLtd) July 14, 2022

Menurut dokumen Nintendo, pemerolehan ini ditetapkan untuk berlaku pada 3 Oktober (jika tiada masalah berlaku). Setelah perjanjian itu selesai, Nintendo mengesahkan dalam dokumen bahawa:

“Nama syarikat Dynamo Pictures akan ditukar kepada ‘Nintendo Pictures Co., Ltd.’ untuk memberi tumpuan kepada pembangunan kandungan visual menggunakan IP Nintendo.”

Walau bagaimanapun, Nintendo tidak mendedahkan apa-apa rancangan atau siri game mana yang akan diadaptasikan kepada animasi. Pada masa yang sama, Nintendo Pictures juga boleh ditugaskan dalam bahagian gaming bagi adegan ‘cutscenes’ untuk game baru.

Dragon Ball Super: Super Hero

Tentang soal kualiti, kita tidak perlu risau kerana Dynamo Pictures mempunyai pengalaman bekerja untuk projek profil tinggi dengan fokus pada animasi CG dan kerja motion capture. Antara yang mereka terlibat termasuk Dragon Ball Super: Super Hero, Yuri on Ice,  Earwig and the Witch, dan Ghost in the Shell. Bagi industri gaming pula, mereka pernah bekerja bersama PlayStation, NieR Replicant, Mega Man, Death Stranding dan francais Resident Evil.

Death Stranding

Seperti yang korang dapat lihat, Dynamo Pictures merupakan salah satu studio outsource premium untuk syarikat terkemuka dunia. Jadi saya tidak sabar untuk melihat bagaimana mereka akan menggunakan pengalaman itu dan mengaplikasikannya pada IP Nintendo.

Sebelum ini, Nintendo pernah menghasilkan Detective Pikachu yang merupakan campuran aksi langsung dan animasi CGI. Filem itu dilancarkan dengan sambutan positif hingga ramai mengharapkan sekuel dalam masa terdekat. Bukan itu sahaja, sebuah filem Mario juga dalam pembikinan di mana Chris Pratt akan meminjamkan suaranya sebagai protagonis utama, Mario.

Jika semua berjalan lancar, siri mana yang korang ingin lihat diadaptasikan ke animasi? Jom kongsikan pendapat di ruang komen!

Tags: Dynamo PicturesnintendoNintendo Pictures
Previous Post

Acara terbaru Apex Legends bertemakan anime! Ada EVA, One Piece dan Naruto!

Next Post

THQ Nordic melancarkan Are You Smarter Than A 5th Grader? pada 23 Ogos 2022

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat
Berita

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat

June 6, 2026
Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2
Berita

Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2

June 6, 2026
Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik
Berita

Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik

June 6, 2026
Next Post
THQ Nordic melancarkan Are You Smarter Than A 5th Grader? pada 23 Ogos 2022

THQ Nordic melancarkan Are You Smarter Than A 5th Grader? pada 23 Ogos 2022

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd