Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Nintendo eShop & Switch Online Rasmi Tiba Di Malaysia, Tawar Harga Tempatan & Perkhidmatan Lengkap!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 18, 2025
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, Tempatan
0 0
0
Nintendo eShop & Switch Online Rasmi Tiba Di Malaysia, Tawar Harga Tempatan & Perkhidmatan Lengkap!
Share on FacebookShare on Twitter

Penantian para pemakai Nintendo di Malaysia akhirnya berakhir kerana hari ini menandakan detik bersejarah apabila Nintendo secara rasminya melancarkan perkhidmatan Nintendo eShop dan Nintendo Switch Online di negara ini.

Selama bertahun-tahun, pemain permainan video di Malaysia terpaksa bergantung pada akaun luar negara dan menggunakan kaedah pembayaran antarabangsa untuk membeli game digital.

Pelancaran rasmi eShop di Malaysia menghapuskan segala halangan ini, dengan menawarkan pengalaman yang lancar dan mesra pengguna berserta harga dalam Ringgit Malaysia (RM).

Ini merupakan berita baik untuk komuniti gaming tempatan, kerana ia bukan sahaja memudahkan proses pembelian game, malah menandakan sokongan rasmi Nintendo terhadap pasaran Malaysia yang semakin berkembang.

Selamat Datang ke Nintendo eShop

Melalui Nintendo eShop, iaitu kedai digital rasmi untuk semua sistem dalam keluarga Nintendo Switch, pengguna di Malaysia berpeluang untuk membeli serta memuat turun game, kandungan tambahan (DLC), dan melanggan perkhidmatan dalam talian secara terus dari konsol masing-masing.

Bagi memperkenalkan ciri-ciri terkininya, Nintendo Asia Tenggara telah menyiarkan sebuah video bertajuk “Getting to Know Nintendo Switch 2 – Nintendo eShop (SEA)“. Video ini memaparkan pengalaman eShop yang telah direka semula dan ditambah baik, dengan beberapa fungsi utama seperti:

  • Pencarian Lebih Mudah: UI yang kemas dan intuitif membolehkan pengguna melayari dan menemui game baharu dengan lebih senang.
  • Cadangan Game Khas Untuk Anda: Ruangan khas “For You” akan mencadangkan game berdasarkan corak permainan anda, di mana senarai ini akan disegarkan setiap minggu.
  • Fungsi Carian dan Tapis yang Dinaik Taraf: Cari game idaman dengan pantas menggunakan penapis mengikut genre, gaya permainan, atau judul eksklusif untuk konsol Nintendo Switch 2.
  • Ciri Wish List: Jika anda terjumpa game yang diminati tetapi belum bersedia untuk membelinya, hanya tekan butang ‘X’ untuk memasukkannya ke dalam Wish List. Anda akan dimaklumkan sekiranya game tersebut ditawarkan dengan harga promosi.
  • Penebusan Kod yang Lebih Ringkas: Proses untuk menebus kod muat turun bagi game, DLC, atau kredit eShop kini lebih mudah dan boleh dilakukan terus dari menu utama.

Berhubung Melalui Nintendo Switch Online

Serentak dengan pelancaran eShop, perkhidmatan langganan Nintendo Switch Online juga diperkenalkan, yang membuka akses kepada pelbagai ciri bagi memperkaya pengalaman gaming anda.

Ahli langganan boleh bersaing atau bekerjasama secara dalam talian dalam game seperti Mario Kart dan Splatoon, menikmati koleksi game klasik dari konsol NES, Super NES, dan Game Boy, serta memanfaatkan kemudahan simpanan data melalui Save Data Cloud.

Berikut adalah senarai harga rasmi yang telah diumumkan untuk pasaran Malaysia:

  • Free Trial 7 Hari
    • Percubaan percuma selama 7 hari tersedia untuk pengguna baharu mencuba perkhidmatan ini.
  • Keahlian Nintendo Switch Online
    • Keahlian Individu (1 bulan): RM 13.00
    • Keahlian Individu (3 bulan): RM 33.00
    • Keahlian Individu (12 bulan): RM 89.00
    • Keahlian Family (12 bulan): RM 169.00
  • Nintendo Switch Online + Expansion Pack
    • Pakej premium ini merangkumi semua faedah standard serta akses kepada koleksi game Nintendo 64, SEGA Mega Drive, dan Game Boy Advance, di samping akses kepada DLC terpilih seperti Mario Kart 8 Deluxe – Booster Course Pass.
  • Keahlian Individu (12 bulan): RM 179.00
  • Keahlian Family (12 bulan): RM 319.00
Tags: Nintendo eShopNintendo Switch Online
ShareTweetSend
Previous Post

Unboxing Kad Terhangat “Yu-Gi-Oh” Pada 2025 – Dari Chronicles Deck hingga Supreme Darkness!

Next Post

Inilah Cara-Cara Tukar Akaun Nintendo eShop Anda Ke Malaysia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Unboxing The Adventures of Elliot: The Millennium Tales Collector’s Edition
Unboxing

Unboxing The Adventures of Elliot: The Millennium Tales Collector’s Edition

July 2, 2026
Code Vein II Terima Expansion Pertama ‘Mask of Idris’ & Update Versi 2.0
DLC

Code Vein II Terima Expansion Pertama ‘Mask of Idris’ & Update Versi 2.0

July 2, 2026
Attack on Titan 3 – Akan Datang ‘Winter 2026,’ Gameplay Baru Didedahkan
Berita

Attack on Titan 3 – Akan Datang ‘Winter 2026,’ Gameplay Baru Didedahkan

July 2, 2026
Next Post
Inilah Cara-Cara Tukar Akaun Nintendo eShop Anda Ke Malaysia!

Inilah Cara-Cara Tukar Akaun Nintendo eShop Anda Ke Malaysia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd