Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Attack on Titan 3 – Akan Datang ‘Winter 2026,’ Gameplay Baru Didedahkan

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 2, 2026
in Anime, Artikel, Berita, Nintendo Switch 2, PC, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Attack on Titan 3 – Akan Datang ‘Winter 2026,’ Gameplay Baru Didedahkan
Share on FacebookShare on Twitter

Game anime aksi Attack on Titan 3 dijadualkan untuk keluar pada Musim Sejuk 2026 (sekitar Disember 2026 hingga Mac 2027) di PlayStation 5, Xbox Series X|S, PC (melalui Steam), dan Nintendo Switch 2.

Selepas tayangan teaser di Summer Game Fest pada Jun lalu, Koei Tecmo dan pembangun Omega Force berkongsi maklumat baharu serta gameplay bagi sekuel tersebut.

Attack on Titan 3 direka sebagai kemuncak kepada siri permainan video. Berbeza dengan game dahulu yang hanya merangkumi beberapa story arc tertentu, game kali ini akan membawa keseluruhan naratif daripada awal hinggalah ke penamatnya. Buat pertama kali dalam Story Mode, pemain berpeluang untuk menentang (malah mengawal) kesemua “Nine Titan.”

Selain itu, game ini turut menampilkan babak-babak ikonik dengan rupa moden untuk memberikan perspektif baharu. Beberapa story arc dan interaksi watak juga ditambah bagi meluaskan lagi latar belakang francais.

Tumpuan utama gameplay tertumpu kepada sistem Omni-Directional Mobility (ODM) gear yang dinaik taraf. Pihak pembangun menambah baik aspek fizik dan kawalan supaya gerakan serta serangan pada titik kelemahan Titan terasa lebih lancar dan akrobatik. Musuh Titan pula dilengkapi serangan baharu dan tingkah laku yang sukar dijangka untuk memastikan pemain sentiasa berwaspada.

Bagi memudahkan pemain yang kurang selesa dengan rentak combat udara yang pantas, Koei Tecmo turut memperkenalkan “Casual Mode” baharu. Mod ini meringkaskan sistem kawalan agar pemain daripada pelbagai tahap kemahiran dapat menikmati Story Mode.

Pemain akan mengikuti Story Mode melalui sudut pandangan protagonis custom. Anda akan memegang peranan sebagai seorang ‘Scout’ yang bermula sebagai jurutera, sebelum akhirnya dipilih mengetuai pasukan “104th Cadet Corps” setelah membuktikan kebolehan kepada pihak atasan. Selain boleh mengubah suai penampilan watak sendiri, pemain juga boleh membina hubungan dengan watak utama seperti Eren, Mikasa, dan Armin untuk membuka adegan khas serta kebolehan lawan unik.

Game ini turut memperkenalkan “Exterior Scouting Mission” untuk membolehkan pemain meneroka kawasan luar tembok yang berbahaya. Misi ini menekankan aspek pengurusan sumber; pemain perlu membina pangkalan bekalan, memanfaatkan persekitaran semasa bertarung dengan Titan, serta memantau ketahanan bilah pedang dan baki gas ODM gear masing-masing. Kejayaan setiap misi bergantung kepada kebolehan mengekalkan moral pasukan dan membuat keputusan kritikal: sama ada mahu terus mara ke kawasan Titan demi ganjaran lebih lumayan, atau berundur bagi menyelamatkan pasukan daripada kecederaan kekal atau maut.

Tags: Attack on Titan 3
ShareTweetSend
Previous Post

Onimusha: Way of the Sword Akan Tiba Lebih Awal Pada 4 September

Next Post

Code Vein II Terima Expansion Pertama ‘Mask of Idris’ & Update Versi 2.0

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Code Vein II Terima Expansion Pertama ‘Mask of Idris’ & Update Versi 2.0

Code Vein II Terima Expansion Pertama 'Mask of Idris' & Update Versi 2.0

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd