Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Code Vein II Terima Expansion Pertama ‘Mask of Idris’ & Update Versi 2.0

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 2, 2026
in Action, Artikel, Berita, DLC, DLC berbayar, DLC percuma, PC, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Code Vein II Terima Expansion Pertama ‘Mask of Idris’ & Update Versi 2.0
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai Namco telah mengumumkan DLC expansion pertama untuk action RPG ‘Code Vein II‘, yang bertajuk “Mask of Idris“. DLC ini bakal dilancarkan bersama update percuma Version 2.0, serta membawakan kandungan jalan cerita post-game baharu dan companion tambahan.

Walaupun tarikh pelancaran rasmi belum didedahkan, pek expansion ini boleh dibeli secara berasingan atau didapati terus melalui Code Vein II edisi Deluxe dan Ultimate.

Expansion “Mask of Idris” memperkenalkan kempen baharu berlatarkan “Forsaken World”: sebuah dimensi terasing yang tercipta daripada himpunan emosi daripada garis masa yang telah terhapus akibat perubahan sejarah. Di tengah dunia alternatif ini, ada sebuah paksi gergasi yang menyerap emosi dan ingatan dari segenap ruang dan waktu. Kini, putaran paksi tersebut mengancam untuk melimpah keluar dan menjejaskan dunia sebenar.

Dalam jalan cerita baharu ini, pemain akan bertemu dengan Liv Voda: seorang penjaga masa dan ruang yang menawan, yang bakal membimbing pemain mengharungi konflik dimensi ini.

Sebagai kandungan post-game, pemain perlu memenuhi beberapa syarat dalam jalan cerita utama sebelum dapat mengaksesnya. Untuk memulakan kempen “Mask of Idris”, pemain wajib menamatkan jalan cerita utama dengan ending “Luna Fraterna” terlebih dahulu, serta menyelesaikan sub-mission bertajuk “Valentin’s Request”.

Update percuma Versi 2.0 pula akan dilancarkan serentak dengan expansion tersebut. Walaupun butiran masih dirahsiakan, Bandai Namco mengesahkan bahawa update ini akan membawakan kandungan tambahan yang membolehkan pemain meneroka dunia post-game bersama companion pilihan mereka. Maklumat lanjut tentang ciri-ciri kemas kini ini akan dikongsi dalam masa terdekat.

Code Vein II kini boleh dimainkan di PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC menerusi Steam.

Tags: Code Vein IIDLC
ShareTweetSend
Previous Post

Attack on Titan 3 – Akan Datang ‘Winter 2026,’ Gameplay Baru Didedahkan

Next Post

Unboxing The Adventures of Elliot: The Millennium Tales Collector’s Edition

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Unboxing The Adventures of Elliot: The Millennium Tales Collector’s Edition

Unboxing The Adventures of Elliot: The Millennium Tales Collector’s Edition

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd