Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Inilah Cara-Cara Tukar Akaun Nintendo eShop Anda Ke Malaysia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 18, 2025
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, Panduan, Tempatan
0 0
0
Inilah Cara-Cara Tukar Akaun Nintendo eShop Anda Ke Malaysia!
Share on FacebookShare on Twitter

Perkhidmatan Nintendo eShop dan Switch Online kini dilancarkan secara rasmi di Malaysia bermula hari ini. Sehubungan itu, ramai pengguna pastinya berhasrat untuk menukar negara akaun mereka kepada Malaysia bagi menikmati semua manfaat yang ditawarkan oleh servis tersebut.

Usah bimbang, prosesnya agak mudah sebenarnya mengikut panduan kami di bawah.

Amaran Penting: Sila Baca Sebelum Tukar!

Sebelum membuat pertukaran, ada beberapa perkara kritikal yang perlu diberikan perhatian bagi mengelakkan sebarang kerugian:

  • Baki Kredit eShop Akan Luput: Sekiranya anda masih mempunyai baki wang (kredit eShop) di dalam akaun, baki tersebut akan hilang serta-merta dan tidak boleh dipindahkan. Anda dinasihatkan untuk membelanjakan kesemua baki tersebut sehingga sifar sebelum menukar negara.
  • Hentikan Langganan Aktif: Anda tidak dibenarkan menukar negara jika masih mempunyai langganan aktif dengan ciri auto-renewal, seperti Nintendo Switch Online. Anda dikehendaki untuk membatalkannya terlebih dahulu.
  • Pra-Tempahan Berkemungkinan Dibatalkan: Sebarang game yang telah anda pra-tempah (pre-order) tetapi masih belum dilancarkan mempunyai kemungkinan besar untuk dibatalkan secara automatik.

Langkah Demi Langkah Menukar Negara Akaun Nintendo

Proses ini hendaklah dilakukan menerusi pelayar web di komputer atau telefon pintar anda, dan bukan daripada konsol Switch.

  1. Layari Laman Web Akaun Nintendo: Buka pelayar web pilihan anda dan pergi ke laman https://accounts.nintendo.com.
  2. Log Masuk: Gunakan alamat e-mel dan kata laluan anda untuk log masuk ke Akaun Nintendo anda.
  3. Akses Maklumat Pengguna: Setelah berjaya log masuk, klik pada bahagian “User Information”.
  4. Edit Profil: Di bawah seksyen profil, cari butang “Profile” dan klik pada “Edit” yang terletak di sebelahnya.
  5. Pilih Malaysia: Cari tetapan untuk “Country/Region of Residence”. Klik pada tetapan tersebut dan pilih “Malaysia” daripada senarai yang tersedia.
  6. Simpan Perubahan: Sebaik sahaja memilih Malaysia, klik “Save changes”. Anda akan diminta untuk membaca dan bersetuju dengan Perjanjian Akaun Nintendo yang baharu untuk rantau Malaysia. Selepas bersetuju, tetapan anda akan disimpan.

Setelah selesai, kali seterusnya anda membuka Nintendo eShop pada konsol Switch, ia akan dimuat semula secara automatik dan memaparkan UI eShop versi Malaysia, lengkap dengan harga dalam Ringgit Malaysia (RM).

Pilihan Alternatif: Cipta Akaun Baharu

Bagi mereka yang tidak mahu sebarang perubahan pada akaun utama yang mungkin sudah mempunyai koleksi game yang banyak, ada cara lain. Anda boleh:

  1. Cipta satu Akaun Nintendo baharu menggunakan alamat e-mel yang berbeza dan daftarkannya dengan negara Malaysia.
  2. Tambah (User) baharu pada konsol Switch anda dan pautkan (link) akaun baharu tersebut.

Kaedah ini membolehkan anda mengekalkan akaun lama tanpa sebarang risiko dan pada masa yang sama, mempunyai satu akaun khusus untuk membuat pembelian di eShop Malaysia.

Tags: Nintendo eShopPanduan
ShareTweetSend
Previous Post

Nintendo eShop & Switch Online Rasmi Tiba Di Malaysia, Tawar Harga Tempatan & Perkhidmatan Lengkap!

Next Post

Senarai Penuh Calon The Game Awards 2025 – Siapa Bakal Dinobat ‘GOTY?’

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Senarai Penuh Calon The Game Awards 2025 – Siapa Bakal Dinobat ‘GOTY?’

Senarai Penuh Calon The Game Awards 2025 - Siapa Bakal Dinobat 'GOTY?'

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd