Nintendo telah mengumumkan permainan Kirby and The Forgotten Land semasa siaran langsung Nintendo Direct. Permainan ini akan dilancarkan ke Nintendo Switch pada musim bunga 2022.
Sertailah Kirby dalam perjalanan yang tidak dapat dilupakan melalui dunia misteri dalam pengembaraan platforming 3D yang menggembirakan
Kawal pink puffball yang kuat, Kirby, dan bergerak bebas dalam stage 3D semasa anda menemui dunia misteri dengan struktur bangunan yang terbengkalai dari masa lalu. Tiru kebolehan musuh seperti Sword dan Ice, dan gunakan untuk menyerang dan menerokai persekitaran anda! Perjalanan apa yang menanti Kirby? Mari bersiap sedia untuk mulakan pengembaraan yang tidak dapat dilupakan!
Ciri utama Kirby and the Forgotten Land
- Ikuti pengembaraan yang tidak dapat dilupakan bersama Kirby dalam permainan adventure platform 3D.
- Terokai dunia misteri yang dipenuhi dengan struktur bangunan terbengkalai, tinggalan zaman dahulu.
- Tiru kebolehan musuh dan gunakan kebolehan itu untuk menyerang mereka sambil menerokai dunia itu.
Permainan ini telah dibocorkan lebih awal sebelum bermulanya siaran Nintendo Direct. Selain dari itu, kita masih tiada lagi maklumat lebih lanjut mengenai permainan ini.
Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai pengembaraan baru Kirby ini, anda boleh melawat laman web rasmi Nintendo. Anda juga boleh mengikuti liputan lanjut Nintendo Direct dari kami dengan klik di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post