Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ninja pesan kepada streamer baru, “Elakkan main game besar seperti Fortnite, CoD, Apex”

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 21, 2022
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Livestream, Panduan, Streamer/influencer
0 0
0
Ninja pesan kepada streamer baru, “Elakkan main game besar seperti Fortnite, CoD, Apex”
Share on FacebookShare on Twitter

Platform besar seperti Twitch, YouTube dan Facebook Gaming telah membuka jalan untuk streamer baru mencari rezeki. Walau bagaimanapun, ia juga amat susah untuk menonjolkan diri memandangkan jumlah content terlalu banyak. Oleh itu, Tyler Blevins, lebih dikenali sebagai Ninja, mencadangkan bahawa bermain game besar seperti Fortnite atau Call of Duty: Warzone bukanlah laluan terbaik untuk streamer baru. Sebaliknya, dia pesan untuk bermula dengan game yang lebih kecil lalu berkembang dari sana.

Ninja baru-baru ini bercakap dengan CNET di mana mereka tanya “apakah langkah yang perlu diambil oleh bakal streamer apabila baru bermula”. Daripada cuba menonjol dalam game popular, seperti Fortnite atau Apex Legends, dia mencadangkan streamer baru untuk cuba game yang lebih kecil tetapi dengan “komuniti yang rapat”. Ini lebih baik untuk membina “jenama dari awal.”

YouTuber and professional gamer @Ninja has spent his life playing games and making a fortune from it. He now shares his secrets for those who want to follow his footsteps. pic.twitter.com/rOwbYW6jYh

— CNET (@CNET) June 17, 2022

Dengan cara ini, streamer baru akan mengurangkan kemungkinan diri mereka terkubur dalam halaman utama yang penuh dengan streamer lain dan pada masa yang sama, membuatkan diri mereka lebih mudah ditemui.

Mungkin ada streamer Fortnite, CoD, atau Apex yang kecewa tetapi saya pun setuju bahawa ini adalah pendekatan yang baik untuk sesiapa sahaja yang baru sahaja bermula. Matlamat pertama untuk mana-mana streamer adalah untuk mewujudkan khalayak yang stabil dan setia sebelum meneruskan ke projek yang lebih besar. Dengan mempunyai penonton setia, streamer tersebut masih boleh mencari rezeki daripada kandungan baru sambil mencari peluang untuk luaskan nama.

Walaupun Ninja kata begitu, ia tidak mustahil untuk seseorang menerima kejayaan serta merta semasa bermain game besar, cuma lebih sukar. Sebagai contoh, saya pergi ke Facebook Gaming untuk menonton livestream PUBG Mobile, dan ada berpuluh-puluh orang sedang bermain game itu. Walaupun skil ada, walaupun mereka handal, hakikatnya penonton mereka sedikit.

Semua orang boleh beri nasihat tetapi akhirnya ia terpulang kepada streamer tersebut sama ada mereka ingin mengikut nasihat Ninja atau tidak.

Sumber – Dexerto

Tags: Apex LegendsCODFortniteNinjaStreamer
Previous Post

Dunia Dragon’s Dogma kembali meriah selepas pengumuman sekuel!

Next Post

Fall Guys kini PERCUMA di PS, Xbox, Switch & PC – Download sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Meneruskan Legasi Terhenti, FINAL FANTASY RESONANCE Tawarkan Pengalaman Lebih Megah Daripada Brave Exvius
Temuramah

Meneruskan Legasi Terhenti, FINAL FANTASY RESONANCE Tawarkan Pengalaman Lebih Megah Daripada Brave Exvius

September 4, 2026
GUNDAM ROGUE ORBIT Akan Tiba 5 Mac 2027 Bersama Gunpla Khas Collector’s Edition
Berita

GUNDAM ROGUE ORBIT Akan Tiba 5 Mac 2027 Bersama Gunpla Khas Collector’s Edition

September 4, 2026
Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027
Berita

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027

September 3, 2026
Next Post
Fall Guys kini PERCUMA di PS, Xbox, Switch & PC – Download sekarang!

Fall Guys kini PERCUMA di PS, Xbox, Switch & PC - Download sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd