gamersantai.com
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
gamersantai.com
No Result
View All Result
Home Review Pandangan Pertama

[Pandangan pertama] Overwatch 2 Beta – Sekuel yang dinantikan ramai peminat!

Maira by Maira
May 10, 2022
in Artikel, Berita, Beta, Game, Multiplayer, Pandangan Pertama, PC, Shooter
0 0
0
[Pandangan pertama] Overwatch 2 Beta – Sekuel yang dinantikan ramai peminat!
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak Overwatch 2 diumumkan, memang ramai sungguh pemain yang teruja mengenainya. Tetapi agak lama juga Overwatch 2 ditangguhkan dan pengumuman ujian beta oleh Blizzard sememangnya mengejutkan pemain Overwatch. Kami berpeluang untuk menyertai ujian beta yang dijalankan. Jadi, nak tahu best atau tidak Overwatch 2 ini, jom baca pandangan pertama kami mengenainya.

Overwatch 2 Beta

Apa yang dibawa semula ke Overwatch 2 Beta

Melihat semula pada watak hero lama kembali sememangnya mengujakan. Walaupun tidak banyak perubahan sangat yang diberikan pada watak dan peta, pemain lama boleh terus bermain game ini tanpa sebarang masalah. Game mode terdahulu juga ada dalam game baru ini contohnya Point capture, Escort dan lain-lain.

Penambahan baru Overwatch 2 Beta

Sebaik sahaja masuk ke dalam game, anda akan lihat sedikit perubahan pada UI game. Reka bentuknya menu yang kelihatan berbeza daripada gaya Overwatch, memberikan pemain lama sesuatu yang baru. Interface semasa pemilihan hero serta avatar merka juga mendapat rupa baru. Ia agak janggal pada mulanya tetapi kalau sudah biasa ia tidak menjadi masalah.

Perkara pertama yang saya lakukan dalam Overwatch 2 ialah pergi ke training room untuk mencuba hero baru, Sojourn. Dia merupakan damage dealer, menggunakan magnetic rail gun yang boleh menembak 40 peluru berterusan. Sojourn juga boleh memberikan tembakan berterusan pada musuh untuk menyimpan tenaga pada rail gun tersebut, yang boleh memberikan damage 10 kali ganda daripada bullet biasa.

Saya rasa hero ini seperti soldier 76, yang boleh memberikan damage berterusan, dan boleh tahan juga damage yang dikenakan. Dia juga boleh glide sprint pada jarak dekat dan boleh melomapt dengan tinggi. Melihat daripada segi damage dan pergerakannya, dia boleh menjadi watak meta dalam Overwatch 2.

Overwatch 2 Beta

Jika anda suka memilih damage dealer atau tanker pada game yang lalu, anda mungkin menerima impak kerana remake yang dikenakan kepada beberapa watak hero dalam Overwatch 2. Contohnya Doomfist, Bastion, Orisa and Cassidy. Bastion dan Orisa mempunyai perubahan besar pada semua kemahiran mereka, manakala Cassidy menukar satu-satunya kemahiran pemeliharaan diri kepada kemahiran damage explosive. Doomfist menggantikan uppercut kepada perisai dan menukarnya kepada posisi tank. Selain itu, Terdapat perubahan kecil lain, seperti Flaming Striker milik Reinhardt yang boleh digunkan dua kali sebelum cooldown bermula dan lain-lain.

Overwatch 2 Beta

Buat masa ini, pemain boleh bermain mod tiada ranking seperti Quick match dan Custom game. Seperti game lalu, anda perlu memilih role sebelum masuk ke dalam game. Semasa queue, anda masih boleh pergi ke casual mode untuk berlatih.

Daripada 6v6, game ini menukarnya kepada 5v5 dengan lineup 1 tank, 2 DPS dan 2 supporter. Selepas bermain beberapa game, saya rasakan jika tiada tank, game boleh ditamatkan dengan cepat. Sebabnya tank kedua akan menerima damge selepas tank utama tumpas. Hero yang berada di barisan belakang juga lebih mudah untuk dikalahkan, dan membuatkan healer lebih tertumpu pada healing.

Overwatch 2 Beta

Scoreboard juga telah mendapat kemas kini baru. Jadi, kalau anda rasa anda noob, boleh tenangkan fikiran di scoreboard. Pasti boleh jumpa pemain yang lebih teruk daripada anda. Sistem signal pula memboleh pemain untuk tanda musuh khas dan memberikan arahan. Ia agak intuitif untuk digunakan dan boleh menambahbaik komunikasi anda dengan rakan sepasukan. Jujur, saya rasa ia memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pemain.

Overwatch 2 Beta

Push mode

Overwatch 2 datang dengan peta dan mode terbaru iaitu Push Mode. Toronto, Rome, Monte Carlo dan New York merupakan peta yang mempunyai mode tersebut. Dalam mode ini, anda perlu fokus kepada robot. Sebaik sahaja musuh menghampiri robot tersebut, robot itu akan menolak dinding ke arah lain. Kedua-dua pihak akan berebut untuk mengawal robot itu sehinggalah dinding itu sampai ke penghujungnya, atau waktu tamat. Bahagian mana yang ditolak lebih jauh dikira sebagai pemenang.

Kesimpulan

Beta untuk Overwatch 2 tidaklah mempunyai banyak sangat perubahan, ia lebih seperti kemas kini besar yang diberikan pada Overwatch. Mode PVE juga masih belum tersedia. Push mode dan perubahan yang diberikan pada watak tank boleh membuatkan perlawanan Overwatch lebih menarik. Kalau anda pemain kasual, anda mungkin tidak rasakan ianya mempunyai perubahan yang banyak. Harap-harap game ini akan mendapat lebih banyak kandungan pada masa depan. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Overwatch daripada kami, sila klik pautan ini.

Hye korang! Jangan lupa singgah tengok Review kitorang & Subscribe Channel Youtube kami ok!
Tags: BETAOverwatch 2PvP
Previous Post

One Piece: Teori paling pelik tentang ibu Luffy daripada fandom

Next Post

Nightwing & Red Hood beraksi dalam gameplay rasmi Gotham Knights

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

The International 11 Dota 2 akan berlangsung di Singapura pada Oktober, yang pertama di SEA
Berita

The International 11 Dota 2 akan berlangsung di Singapura pada Oktober, yang pertama di SEA

May 23, 2022
[Review] SUPER ROBOT WARS 30 Expansion Pack – Wajib beli untuk peminat Getter
Preview

[Review] SUPER ROBOT WARS 30 Expansion Pack – Wajib beli untuk peminat Getter

May 21, 2022
Genshin Impact 2.7 – Hidden Dreams In The Depth akan lancar pada 31 Mei!
Berita

Genshin Impact 2.7 – Hidden Dreams In The Depth akan lancar pada 31 Mei!

May 21, 2022
Next Post
Nightwing & Red Hood beraksi dalam gameplay rasmi Gotham Knights

Nightwing & Red Hood beraksi dalam gameplay rasmi Gotham Knights

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Tweets by GamerSantaiMY

ANIME

LIMA Anime yang dibatalkan tanpa kesimpulan sebenar! – PART 3

LIMA Anime yang dibatalkan tanpa kesimpulan sebenar! – PART 3

by Maira
May 20, 2022
0

Kali ini, kami kembali sekali lagi dengan beberapa lagi tajuk anime yang ditamatkan sebelum mencapai penamatnya yang sebenar. Sering kali,...

MSI kolab dengan EVANGELION e: PROJECT untuk bina PC gaming anime terbaik

MSI kolab dengan EVANGELION e: PROJECT untuk bina PC gaming anime terbaik

by Razin Syafiq
May 20, 2022
0

Syarikat teknologi terkenal MSI, telah bekerjasama dengan jenama esports EVANGELION e: PROJECT (EVA e:PROJECT) untuk memberi peluang kepada para gamer...

Koleksi UT UNIQLO, SPY x FAMILY akan tersedia di Malaysia bermula 27 Jun!

Koleksi UT UNIQLO, SPY x FAMILY akan tersedia di Malaysia bermula 27 Jun!

by Maira
May 20, 2022
0

UNIQLO telah mengumumkan koleksi UT terbaru mereka dengan kolaborasi siri anime popular, SPY x FAMILY. Koleksi ini akan menampilkan empat...

Watak anime popular yang dulu BAIK tetapi bertukar JAHAT

Watak anime popular yang dulu BAIK tetapi bertukar JAHAT

by safwan
May 19, 2022
0

Dalam sesetengah kes, watak bermula sebagai orang yang benar-benar baik, tetapi keadaan memaksa mereka ke dalam kehidupan yang jahat. Ada...

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In