Pelancaran PS5 sudah semakin dekat, tapi macam-macam masalah masih timbul, di mana halaman Facebook PlayStation Asia kini diserang oleh netizen Malaysia! Bukan sahaja Netizen Malaysia, sebaliknya Asia Tenggara! Bagi mereka yang tidak tahu, Sony telah membuka pra-pesanan untuk konsol PS5 di negara-negara terpilih, termasuk Singapura yang merupakan satu-satunya negara Asia Tenggara yang rasmi akan mendapat PS5 pada hari pelancaran. Ini menyebabkan banyak peminat Malaysia mengadu bahawa ia tidak adil dan terlalu sukar untuk pra-pesan konsol. Sony memberi respon bahawa “mereka akan mengemas kini netizen sejurus mendapat maklumat lanjut” tapi itu nampaknya tidak cukup.
Isu ini berlaku selepas Sony Malaysia memuat naik satu posting tentang PS5 pada Selasa, 3 November 2020. Tidak lama selepas itu, posting tersebut diserang oleh peminat Malaysia yang tidak berpuas hati tentang butiran pelancaran PS5 di negara kami. Untuk mengelak daripada situasi itu, Sony Malaysia meminat peminat untuk mengajukan soalan mereka kepada PlayStation Asia, yang sepatutnya mempunyai maklumat yang tepat. Dengan segala soalan dan kemarahan kini ditujukan kepada PlayStation Asia, posting mereka yang terkini tentang PlayStation 5 Asia Celebration Showcase dibanjiri dengan aduan oleh netizen.
Tidak berhenti di situ, semalam PlayStation Asia telah mengumumkan siaran langsung sempena pelancaran PS5. Acara PS5 Asia Celebration Showcase itu akan berlangsung pada 11 November 11 malam dan terdapat pelbagai hadiah yang menanti peminat di Asia yang menonton siaran tersebut.
Mengikuti arahan di laman web Playstation, peminat boleh memenangi salah satu hadiah berikut:
- Playstation 5
- PULSE 3D Headset
- 12 bulan langganan Playstation Plus
Di samping itu, mereka yang mencapai sejauh “Quests” dalam acara kedua akan mendapat tema “Space Fantasy” eksklusif untuk PS4. Tetapi……
PS5 masih TIADA untuk Malaysia dan beberapa negara di Asia Tenggara!
Nampak menarik hadiah tersebut kan? Namun jika anda penduduk Malaysia batalkan sahaja niat untuk memenangi PS5. Dengan menyelidiki halaman Terma dan Syarat acara, anda akan dapati bahawa rakyat Malaysia sebenarnya tidak layak untuk mana-mana hadiah di atas, kecuali tema Space Fantasy. Kelayakan adalah seperti berikut:
- PlayStation 5: Pemegang akaun PSN di Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan, Singapura.
- PULSE 3D Wireless Headset: Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan, Singapura.
- Langganan PlayStation Plus 12-bulan: Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan, Singapura.
- PS4 Space Fantasy Theme: Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan, Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia
Jadi kenapa Malaysia dan beberapa negara Asia Tenggara lain tidak layak untuk memenangi hadiah tersebut? Ini kerana acara sebenarnya adalah satu siri Quest, dengan tugas untuk penonton menyelesaikannya dalam pertandingan komen terbaik. Menurut Terma dan Syarat laman web, rakyat Malaysia tidak layak untuk menyertai dalam Quest 3 atau 4, yang bermaksud mereka hanya dapat tema khas.
Maka, disebabkan acara yang akan berlangsung ini, makin ramai penduduk Asia Tenggara yang lain termasuk Malaysia, Filipina, semuanya sebulat bersuara bertanyakan bilakah PS5 akan hadir di negara ini? Ya kami sendiri masih tertanya-tanya kenapa tiada sebarang tarikh tetap ditentukan dan ramai menganggap ini adalah tidak adil kerana ramai gamers dan peminat konsol terlalu berharap sejak awal pengenalan PS5!
Berikut antara tangkapan skrin bagi komen-komen yang membanjiri PlayStation Asia:
Sebenarnya, orang Malaysia dan beberapa negara lain faham situasi Sony yang menangguhkan pelancaran di negara kami ini, bukannya tidak, faktor utama sudah semestinya disebabkan COVID-19 yang berleluasa di seluruh negara. Tetapi tanpa sebarang kenyataan, ini yang membuatkan ramai netizen marah.
Di sebalik janji Sony untuk mengeluarkan PS5 pada Holiday 2020, mereka juga pernah membuang tarikh pengumuman 2020 di laman web rasmi sebelum kemas kini terbaru. Anda boleh baca lagi di sini. Jika Sony umumkan pelancaran PS5 di Malaysia dengan lebih awal, peminat pun tidak perlu marah-marah atau tergesa-gesa inginkan pre-order. Masalah yang dihasilkan telah menyebabkan banyak pemain bersedih dan panik kerana tidak boleh mendapatkan konsol pada masa yang dijanjikan, dan itu bukan sesuatu yang patut berlaku lagi-lagi oleh syarikat seperti Sony.
Jadi kami harap agar pihak dari Sony dapat memberikan maklumat terkini dan membincangkan pekara ini agar penantian kami dapat berakhir. Mengendahkan sesuatu adalah satu jalan yang paling buruk sekali, peminat konsol PS5 ini terlalu ramai dan itu termasuk Asia Tenggara, jadi dengan harapan agar pihak Sony menjaga hati peminat Asia Tenggara dan menyelesaikan situasi secepat mungkin. Apa pendapat anda dengan situasi ini? Jom kongsikan di ruangan komen kami!
@gamersantaimy
Discussion about this post