Bila dah habis DLC 4 – Psycho Krieg and the Fantastic Fustercluck dua bulan lalu, ingatkan dah tiada sebarang DLC lagi, kemudian ada pula pengumuman tarikh dan Hari Pelancaran Borderlands 3 seterusnya untuk Nex-Gen didedahkan, sehinggalah yang terakhir Season Pass 2 Borderlands 3 pula yang diumumkan! Apabila pengumuman tersebut diebahkan, kami betul rasa dah tidak sabar untuk mencuba DLC terbaru Borderlands 3 ini
Dan siapa sangka ramalan ku benar belaka~Eh macam tajuk lagu je~ Ye.. Nampaknya 2K, terima kasih 2K dan Gearbox Software telah menghantar permainan ini untuk kami cuba sendiri DLC 5 yang diberi nama “Designer’s Cut” ini! Tetapi, DLC 5 ini semestinya tidak sama seperti DLC sebelum ini yang lebih mengfokuskan pada ekspansi jalan penceritaan. Sebaliknya, didalam DLC 5 “Designer’s Cut” ini akan terdapat Skill Trees tambahan baru yang tersedia berwarna ungu untuk anda ubah segala kekuatan atau skill Vault Hunters kegemaran anda dan sebuah game mode baru yang diberi nama “Arms Races”!
SKILL TREES Terbaru~
Semua Vault Hunters masing-masing mendapat 1 “skull skill trees” tambahan. Skill trees berwarna ungu ini menyediakan cara baru untuk bermain permainan dan mengisi beberapa kekosongan yang hilang oleh Vault Hunter. Macam kami kami sering menggunakan Amara atau Moze. Berikut adalah apa yag ada dalam tambahan ini:
Skill tree ‘Enlightened Force’ Amara dilengkapi dengan kemahiran tindakan Phaseflare. Walaupun kemahiran tindakan Amara yang lain adalah serangan satu dan yang dilakukan, Phaseflare memanggil bola elemental. Anda boleh menumbuk bola penghancur ini di medan perang atau memanggilnya semula. Phaseflare menangani kerosakan berkesan tetapi juga menangani kerosakan di kawasan terkesan.
Skill tree ‘Trapper’ FL4K dilengkapi dengan kemahiran tindakan snare graviti dan loader bot pet. Snare graviti menyediakan FL4K dengan kemampuan kawalan orang ramai kerana mengalahkan musuh dalam jangkauannya. Trapper tree memberi tumpuan kepada kelangsungan hidup untuk FL4K dan haiwan kesayangannya.
Skill tree ‘Bear Mother’ Moze dilengkapi dengan Iron Cub. Ini adalah Beruang Besi mini yang boleh anda gunakan di pertempuran. Ia akan mengikuti anda dan menyerang musuh dengan sendirinya. Iron Cub mempunyai 1 titik sukar dan oleh itu anda hanya akan dapat memilih 1 jenis senjata tetapi sebenarnya melengkapkan 2 kelebihan mereka. Bear Mother mahu anda menangani kerosakan elemen untuk memanjangkan dan boost pada diri sendiri dan Iron Cub.
Skill tree ‘The Professional’ Zane dilengkapi dengan meriam di bahu. Tidak seperti kemahiran aksi Zane yang lain, anda benar-benar dapat menghantar spam ini kerana ia mempunyai cooldown yang pendek. Kemahiran fire dan forget ini membuka jalan baru untuk anda bermain Zane dan pelantikan ‘on the skill skill end’ kini juga sesuai untuk Zane. Skill tree profesional juga memberi anda peluang untuk bermain sebagai sniper zane.
Arms Race, Mod Game baru ala Battle Royale tetapi PVE~
Seperti yang dinyatakan di atas, DLC 5 bukanlah sebuah ekspansi yang mempunya jalan penceritaan seperti sebelum ini, sebaliknya menampilkan sebuah mod game baru yang diberi nama Arms Race.
Arms Race adalah rancangan realiti di seluruh dunia yang dihoskan oleh Axton dan Salvador. Untuk memulakan misi mencari mod ini anda perlulah ke Sanctuary III dahulu, cari poster berdekatan dengan loot machine. Tekan poster tersebut, Axton dan Salvador kumudian bercerita mengenai mod ini dan selepas itu bolelah memulakan perjalanan ke Pandora dan pergi ke zon bernama Stormblind Complex.
Untuk memastikan semua orang berada dalam posisi yang sama, maka semua skill trees dilumpuhkan dalam Arms Race, yang bermaksud tidak ada Kemahiran Aksi atau kemampuan pasif. Ketika baru pertama kali masuk ke mod ini, kami perlu memasang 3 generator yang kononnya kita merupakan pemain pertama yang memainkan Arms Race seperti yang dinyatakan oleh Axton dan Salvador. Hanya pertama kali masuk je kena pasang generator ini, permainan seterusnya anda boleh terus tekan start untuk mulakan di bahagian tengah kawasan yang nampak seperti komputer.
Walaupun tiada sebarang skill trees pada awal permainan, fokus di sini adalah pada permainan mencari senjata, memberi ganjaran kepada kemampuan anda meledakkan penyerang sambil mengelakkan Murdercane. Anda boleh menghidupkan sekutu koperasi yang jatuh pada titik tindak balas yang ditentukan, tetapi jika semua orang dalam parti anda jatuh, larian Arms Race anda akan berakhir dan sebarang looting yang anda gagal ambil akan hilang selamanya. Tetapi~ Untuk review ini kami bermain solo~
Sambung semula, turun sahaja di tempat pertarungan atau pulau tersebut, sila cari senjata dahulu! Anda boleh mencari loot yang ada di mana-mana, tetapi ingat anda mempunyai waktu yang terhad untuk loot senjata kerana anda masih perlu melarikan diri dari bulatan yang makin mengecil di mana diluarnya terdapat ribut yang mendekat (“Murdercane” [shortform Murder Hurricane]) yang membunuh! Kedengaran seperti Battle Royale kan? Tetapi terimalah kenyataan ini adalah lebih kepada PVE kerana musuh dan looting di pulau ini adalah rawak, musuh pun melawan sesama sendiri jika buka dari puak yang sama, memang tiada PvP yang terlibat, tetapi lebih seronok jika bermain secara co-op dengan rakan.
Jika anda dapat melihat seperti “peti looting yang macam peti keselamatan“, itu adalah peti yang terdapat senjata, “peti biasa” untuk barang dan meds, “peti dengan tengkorak diatasnya” adalah wang, kemudian barang looting lain seperti sampah di pinggir jalan, tengkorak bersepah juga, oh iya dan juga loker. Terdapat beberapa mesin membeli senjata dan ubat-ubatan juga, itupun jika anda mempunyai wang dalam Arms Race yang dimiliki. Kerana ingat dalam Arms Race ini, tidak ada yang akan diberikan kepada anda untuk memulakan permainan ~ Ya tidak ada!
Anda mungkin telah mengabaikan senjata putih dan biru yang jarang berlaku selama bertahun-tahun sejak siri-siri lalu dalam Borderlands, betul tak? Tetapi dalam Arms Race, senjata ini dapat membuat perbezaan antara kemenangan yang gagal dan kemenangan yang mulia. Jadi amik sahaja apa yang ada sebelum kematian mengejar anda! Sekiranya anda cukup bernasib baik untuk mencari senjata Legendary, peluang anda untuk bertahan hidup pasti akan bertambah baik, tetapi kemenangan tidak pernah dijamin..
Ya, itu adalah serius, tolong ambil senjata yang tepat itupun jika sempat untuk memenangi permainan. Sama ada Unique atau Legendary memang itu paling membantu anda ketika di Arms Race. Jangan cakap tiada peluang langsung untuk mendapatkan senjata-senjata ini, ada 3 perkara yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan senjata jenis ini.
Pertama, cari “ikon Peti” di peta. Namanya adalah “Loot Room“, pergi ke lokasi, seperti salah satunya adalah “Seepage and Creepage” yang bermaksud akan ada peti barang looting yang lebih besar untuk anda akan tersedia. Tetapi anda harus menyelesaikan tahap chaos yang akan datang, kerana contohnya di Seepage dan Creepage sendiri, anda harus membunuh semua makhluk seperti jenis Skags, Spiderants dan banyak lagi untuk membuka peti looting yang besar ini. Looting biasanya anda akan mendapat barang-barang yang Rare, kekuatan OP-nya yang lebih tinggi mungkin akan diberikan kepada anda, tetapi itu jika anda bertuah lah untuk senjata yang OP atau pun tidak, tengok juga pada level anda, mungkin makin tinggi makin ada peluang untuk mendapatkannya.
Yang keduanya, musuh yang besar ataupun lebih kuat untuk anda dapatkan senjata-senjata unik ini. Bukan sahaja Psychos di mana-mana, tetapi ingat terdapat juga geng Maliwan seperti Badas, juga Troopers! Ada juga nampaknya seperti musuh baru , datang seperti bayangan atau lebih kepada abu yang berterbangan, kemudian muncul dengan badan sadonya yang berwana kelabu ungu dan namanya adalah “Rival Bandit Revenant”. Agak sukar untuk menewskan si sado ni okay! Terutama jika ianya datang sekali dua atau tiga, kalau macam nampak ramai tu, senjata anda pula hanyalah rarity yang biasa, larilah dulu untuk selamatkan diri! Tetapi jika anda mempunyai senjata unik ditangan anda dan Rival Bandit Revenant memberi kesan “Critical” ketika ditembak tu, itulah peluang anda untuk meneruskan tujuan dengan membunuhnya! Ataupun tidak, kemudian dah boleh main dengan kawan-kawan dalam co-op tu, bunuh je terus dia, sebab memang barang atau senjata hebat menanti anda!
Dan yang ke-3 adalah, Air Drops! Baiklah, kan dah cakap dah memang macam Battle Royale konsep mod ini, tetapi lebih kepada PVE kerana kami harus membunuh semua musuh yang sememangnya ada dalam permainan.
saya katakan ia memang seperti permainan battle royale, tetapi lebih kepada Pve kerana saya harus membunuh musuh dalam permainan. Axton atau Salvador akan memberi anda notis dengan memberitahu anda bahawa Air Drop akan datang kepada anda “don’t say I never give something better to you”. Anda dapat menemui ikon Air Drop di peta anda, atau tiba-tiba ia akan muncul di hadapan wajah anda. Tetapi, harap diingatkan, banyak musuh menanti anda di kawasan Air Drop, walaupun tiba-tiba Air Drop jatuh depan anda, musuh tiba-tiba ramai muncul dan semuanya yang kuat weh! Tidak ada yang mudah, mengalahkan semua jenis musuh di sana, maka anda akan mendapat senjata unik anda atau bahkan jika anda lebih bertuah, anda akan mendapatkan senjata Legendary anda di sana.
Sekiranya anda ingin mendapatkan harta looting Legendary terbaik yang hanya ada di Arms Race, anda perlu bersiap sedia dan menghadapi Heavyweight Harker, boss terakhir Stormblind Complex. Tolong ingat ini, jangan terus pergi ke “Ikon Tengkorak Merah” pada awal permainan! Apa sahaja yang berlaku jangan pergi ke sana sehingga anda mendapat senjata unik yang sempurna atau lebih baik lagi. Kerana bila-bila masa anda berada di bulatan terakhir, anda masih tetap dan harus menghadapi Bos Terakhir. Yup ikon tersebut sebenarnya adalah Bos Terakhir. Dia mempunyai 2 armor untuk dipecahkan, kemudian HP terakhir untuk mematikannya. Pusingan ini sangat sukar kerana berdasarkan keberuntungan dalam senjata apa yang anda gunakan.
Ya~ Jangan lupa mod ini boleh dimainkan sendiri atau co-op, tetapi kerana ini adalah review, kami hanya dapat mencuba bermain sendiri kerana DLC ini tak keluar lagi pada kawan-kawan kami. Tetapi inilah maklumat mengenai co-op~ Yang seronoknya dalam co-op, pemain dapat dihidupkan kembali pada titik respons tertentu. Tetapi jika anda mati dan tidak ada yang dapat menghidupkan anda? Larian anda sudah berakhir, dan sebarang looting yang anda dapat di pulau itu hilang. Dan jika anda ingin mengambil harta looting berkualiti Legendary terbaik dari pulau ini, maka anda perlu menyelesaikan sebanyak mungkin dan menewaskan Heavyweight Harker terutama dalam co-op.
Untuk habiskan satu permainan memakan masa sama seperti Battle Royale, dalam 30-40 minit. Mungkin akan menjadi lebih pantas jika bermain co-op. Arms Race akan meningkatkan kemahiran lari-dan-senjata anda dan walaupun anda mungkin mati berulang kali, berjaya menyelesaikan larian akan menjadikan anda bahan legenda ECHOcast. Ingat! Jangan meleka! Murdercane mengejar anda diluar bulatan selamat!
Maka Kesimpulannya~
Sebenarnya rasa rindulah nak main semula Psycho Krieg and the Fantastic Fustercluck… Tapi nak buat macam mana, DLC terbaru ini lebih kepada musim kedua pas untuk Borderlands 3. Jadi untuk pendapat kami dalam DLC kali ini, pada segi Skill Tree, seronok dapat mengemas kini lebih banyak kemahiran untuk Vault Hunter kegemaran anda dan mencuba perkara baru. Tiada yang banyak mahu kami kongsikan disitu.
Dan untuk mod yang hampir seperti Battle Royale tetapi ia bukan ~ Arms Races! Kami rasa lebih baik bermain dengan rakan, lebih mudah membunuh semua musuh dan bos terakhir. Sekiranya anda bersendirian, hindarkan terlalu banyak kekacauan dan bunuh musuh, kadang-kadang anda mungkin kehilangan tumpuan dan tidak menyedari bahawa Murdercane semakin menghampiri.
Juga, jika anda nak pergi ke kawasan Air Drop, pastikan anda pergi ke bilik Loot Room terlebih dahulu, sekurang-kurangnya anda mungkin mendapat senjata unik yang tepat sebelum bertarung di kawasan Air Drop. Sama juga dengan bos terakhir. Jadi keseluruhan pengalaman dalam mod Arms Race ini dengan peluang menggunakan rasanya hampir semua jenis senjata memang sangat menyeronokkan. Mod yang sangat seronok menanti anda dan rakan-rakan anda, Vault Hunter siap sedia Arms Race telah tiba!
@gamersantaimy
Discussion about this post