Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PS5 mungkin telah ditunda di Malaysia & negara-negara SEA lain secara diam-diam!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 19, 2020
in Artikel, Berita, PS5, Tempatan
0 0
0
PS5 mungkin telah ditunda di Malaysia & negara-negara SEA lain secara diam-diam!
Share on FacebookShare on Twitter

Sony mungkin telah menunda pelancaran PlayStation 5 secara diam-diam di beberapa negara Asia Tenggara termasuk Malaysia, selepas perubahan pada laman web rasminya. Dahulu, halaman PS5 di Malaysia mengatakan bahawa konsol itu dijadualkan untuk keluar pada “Holiday 2020“, tetapi sekarang tidak menunjukkan ayat tersebut. Berikut adalah tangkapan skrin pada laman web PlayStation Malaysia pada beberapa hari lepas yang menunjukkan teks “Holiday 2020“:

Berikut adalah gambar untuk halaman yang sama tetapi kali ini, teks Holiday 2020 telah dikeluarkan:

Pada masa ini, satu-satunya negara di Asia Tenggara yang masih mempunyai tarikh pelepasan Holiday 2020 untuk PS5 adalah Singapura, manakala yang lain sudah dibuang. Ini termasuk Indonesia, Taiwan, Filipina, Vietnam, dan lain-lain.

Ia sangat aneh untuk melihat Sony tidak melakukan sebarang pengumuman sebelum membuat perubahan ke laman webnya. Pada masa ini, terdapat banyak pengguna yang keliru sama ada mereka mungkin dapat membeli PS5 sebelum hujung tahun ini atau tidak. Pertama sekali, PS5 bukanlah pelancaran global, tetapi akan dilancarkan di Amerika Utara, Australia, New Zealand, Jepun, Singapura, dan Korea Selatan pada 12 November 2020. Disebabkan Singapura adalah salah satu negara untuk mendapatkan akses pertama ke PS5, ini menjelaskan mengapa ia tidak melihat perubahan pada laman web.

https://www.youtube.com/watch?v=SvVNJSxkcmw&feature=emb_title

Selepas pelancaran 12 November, “seluruh dunia” akan mendapat akses ke PS5 pada 19 November, kecuali China dan Amerika Selatan. Kedua-dua negara tersebut perlu menunggu untuk mengetahui tarikh pelepasan PS5 di negara mereka. Negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia yang menerima perubahan pada laman web PS5 secara diam-diam ini berkemungkinan besar ditunda dan walaupun ramai yang menganggap bahawa kita akan menyaksikan pelancaran PS5 bersama “seluruh dunia” pada 19 November, tetapi ia mungkin lebih lambat daripada tarikh yang dijangkakan. Bertabahlah ya warga Malaysia!

Tags: Asia TenggaraMalaysiaplaystation 5ps5SonyTunda
Previous Post

[Level Up KL 2020] Kamon Yoshimura Menjemput Lebih Banyak Permainan Ke Nintendo Switch

Next Post

Dragon Ball Z: Kakarot menambah sistem Crowd Battle 1 vs 100 di DLC seterusnya!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Dragon Ball Z: Kakarot menambah sistem Crowd Battle 1 vs 100 di DLC seterusnya!

Dragon Ball Z: Kakarot menambah sistem Crowd Battle 1 vs 100 di DLC seterusnya!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd