Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Netizen baru sedar “Naruto bukan ayah yang bagus”, peminat mula ‘backup’

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 21, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Netizen baru sedar “Naruto bukan ayah yang bagus”, peminat mula ‘backup’
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun sirinya sudah lama tamat, Naruto masih kekal sebagai salah satu siri anime paling popular. Namun, sebuah kontroversi baru telah muncul berkaitan watak utama Uzumaki Naruto. Pada hari Bapa, seorang peminat berkongsi video yang menunjukkan contoh Naruto bukanlah ayah yang bagus. Selepas viral, nampaknya ramai netizen pun setuju.

Seorang pengguna Twitter bernama @notgxku berkongsi klip dari Boruto yang menunjukkan Naruto dan keluarganya meraikan hari lahir anak perempuannya Himawari.

https://twitter.com/notgxku/status/1538304404339712000

Walau bagaimanapun, Naruto terlalu sibuk dengan urusan Hokage dan tidak dapat menghadiri hari lahir Himawari. Sebaliknya, dia menghantar klon bayangnya sebagai ganti. Apabila klon berjalan ke arah meja makan, Naruto kemungkinan besar telah leka dan tiba-tiba hilang. Bukan itu sahaja, kek hari jadi yang sedang dipegang oleh Naruto turut jatuh ke atas lantai.

Daripada riak muka, kita tahu bahawa Himawari amat sedih, tetapi abangnya Boruto pula kelihatan sangat-sangat marah.

Selepas viral, ramai netizen mula retweet posting ini. Ada yang setuju, ada yang cuba mempertahankan tindakan Naruto. Seorang netizen kata bahawa babak di atas tidak sesuai/pelik sedangkan Naruto dibesarkan seorang diri, jadi dia sepatutnya bagaimana rasanya untuk tidak ada ibu bapa di sisi.

So now we all agree that Naruto is the worst father ever https://t.co/ojMpEopS4T pic.twitter.com/0uXjBfCmCv

— kino (@cornneliast) June 21, 2022

Naruto would never do something like this. Idk who wrote/directed this but it’s horrible https://t.co/JE11xBoNq6

— Huncho (@MoonlightHuncho) June 21, 2022

this is so funny to me why is naruto such an awful person https://t.co/KcbuHAJtAH

— fen/marsh/bog (@beetlefinder) June 21, 2022

Seorang peminat pula mempertahankan perbuatan Naruto dan kata “dia tidak tahu bagaimana untuk menjadi ibu bapa yang baik.” Disebabkan Naruto dibesarkan sendirian, jadi dia tidak mempunyai contoh ayah yang baik. Hujah itu pun saya boleh lawan sebab Naruto memiliki Iruka, dan Jiraiya yang melindungi dan menyayangi Naruto seolah-olah seperti dia adalah anak kandung mereka.

Supaya semua gembira dan puas hati, seorang peminat beri pendapat bahawa Naruto sepatutnya meninggalkan klonnya di pejabatnya, dan menghabiskan lebih banyak masa bersama anak-anaknya.

https://twitter.com/RequiemHenry/status/1539155234349457408

Walaupun teruk kena kecam, Naruto akhirnya menebuskan kesilapannya dengan menghabiskan sepanjang hari bersama Himawari pada “Parent and Child Day” iaitu episod 93 untuk anime Boruto: Naruto Next Generation. Hubungannya dengan Boruto juga bertambah akrab, lagi-lagi dalam manga.

Apa pendapat korang tentang Naruto, adakah dia bagus atau sikapnya sama sahaja seperti ayah dalam anime shonen lain? Jom kongsikan pendapat di ruang komen!

Untuk segala liputan kami tentang Naruto termasuk fakta dan trivia lain, sila tekan pautan ini.

Tags: animeBorutonaruto
Previous Post

Jualan kad PS Plus mungkin dihentikan kerana pakej langganan baru!

Next Post

[Review] The Elder Scrolls Online: High Isle – Expansion yang sesuai untuk beginner

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
[Review] The Elder Scrolls Online: High Isle – Expansion yang sesuai untuk beginner

[Review] The Elder Scrolls Online: High Isle - Expansion yang sesuai untuk beginner

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd